MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

COVID-19: Peningkatan ketara kes varian Delta di Sarawak

KUCHING – Kes positif COVID-19 varian Delta dikesan meningkat dengan ketara di Sarawak, menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengarah IHCM Prof Dr David Perera dalam kenyataan hari ini berkata kadar pengesanan lebih 73 peratus direkodkan baru-baru ini, yang merupakan peningkatan ketara berbanding 50 peratus yang dilaporkan pada 3 Ogos.

Beliau berkata di bahagian Kuching sahaja, kadar pengesanan varian Delta menjangkau 90 peratus.

“Varian ini juga terus dikesan di Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Miri dan Bintulu. Kita juga mengesan enam varian Delta di Sibu,” katanya.

Sejak mula penularan COVID-19 tahun lepas, ICHM berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik ini, dan diberi tanggungjawab menguji sampel serta analisis jujukan genom bagi mengesan perubahan virus.

Prof Perera berkata sehingga 10 Ogos, sejumlah 249 varian yang membimbangkan (VOC) dan varian yang perlu diperhatikan (VOI), dikesan daripada 338 kes positif COVID-19 yang dijujukan, dan daripada jumlah ini, 248 adalah varian Delta.

Beliau berkata sehingga 10 Ogos lepas jumlah keseluruhan 592 VOC/VOI dikesan di Sarawak daripada kes-kes positif COVID-19 di Sarawak.

— BERNAMA

Berkaitan

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

Terkini

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Berkaitan

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

COVID-19: Peningkatan ketara kes varian Delta di Sarawak

KUCHING – Kes positif COVID-19 varian Delta dikesan meningkat dengan ketara di Sarawak, menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengarah IHCM Prof Dr David Perera dalam kenyataan hari ini berkata kadar pengesanan lebih 73 peratus direkodkan baru-baru ini, yang merupakan peningkatan ketara berbanding 50 peratus yang dilaporkan pada 3 Ogos.

Beliau berkata di bahagian Kuching sahaja, kadar pengesanan varian Delta menjangkau 90 peratus.

“Varian ini juga terus dikesan di Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Miri dan Bintulu. Kita juga mengesan enam varian Delta di Sibu,” katanya.

Sejak mula penularan COVID-19 tahun lepas, ICHM berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik ini, dan diberi tanggungjawab menguji sampel serta analisis jujukan genom bagi mengesan perubahan virus.

Prof Perera berkata sehingga 10 Ogos, sejumlah 249 varian yang membimbangkan (VOC) dan varian yang perlu diperhatikan (VOI), dikesan daripada 338 kes positif COVID-19 yang dijujukan, dan daripada jumlah ini, 248 adalah varian Delta.

Beliau berkata sehingga 10 Ogos lepas jumlah keseluruhan 592 VOC/VOI dikesan di Sarawak daripada kes-kes positif COVID-19 di Sarawak.

— BERNAMA

# Tag

Berkaitan

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Terkini

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00