MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

PM baharu kemuka usul undi percaya, tentu keabsahan di Dewan Rakyat – Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri yang dilantik perlu mengemukakan segera usul undi di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan jawatan beliau.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata Seri Paduka menzahirkan titah itu susulan sesi menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama di Istana Negara, semalam.

Seri Paduka bertitah bahawa Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda adalah menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam hal ini, baginda selanjutnya bertitah bahawa selaku Ketua Utama Negara, baginda akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berperlembagaan berteraskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” kata Ahmad Fadil.

Turut berangkat bersama pada sesi menghadap yang berlangsung lebih 90 minit bermula jam 2.30 petang itu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Turut hadir dalam sesi menghadap itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

“Seri Paduka akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu-isu semasa yang dijadualkan pada 20 Ogos 2021 (Jumaat),” katanya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja itu berkata Yang di-Pertuan Agong juga mengingatkan ketua dan wakil parti-parti politik yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan pihak yang tidak berjaya dan bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan suasana.

Beliau berkata Seri Paduka dan Sultan Perak menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah telah mengganggu-gugat tadbir urus kerajaan ketika negara masih diancam pandemik COVID-19.

“Baginda berdua menegaskan bahawa semua kemelut dan kecelaruan politik ini telah memberi kesan negatif yang mendalam kepada ekonomi negara, di samping itu demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat, mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik pada ketika ini.

“Baginda berdua turut menzahirkan pandangan supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati berusaha mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik dengan memberi fokus kepada isu-isu semasa dan menjernihkan kembali kekusutan yang telah berlaku dengan kadar yang segera,” kata Ahmad Fadil.

— BERNAMA

Berkaitan

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Kronologi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Terkini

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

China haramkan 19 lot produk Thailand – Susu pekat manis gagal patuh standard keselamatan

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00