PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

    Chee Yang turut didakwa dengan niat sengaja melukakan perasaan keagamaan orang lain.

    Nasib seorang ahli perniagaan yang dituduh memukul dan menghina dua pengawal peribadinya kerana berpuasa akan diketahui di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat ini.

    Berdasarkan sistem e-filing (EFS), prosiding keputusan itu akan didengar di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat pada pukul 9 pagi.

    -Advertisement-

    Chung yang merupakan majikan kepada dua pengawal peribadi tersebut mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan dihadapinya.

    Ini termasuk dua pertuduhan telah bersubahat dengan pembantu peribadinya dengan mengarahkannya untuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ahmad Shamsuri Zailani, 31, dan Mohd. Azminizam Zulkepli, 48, dengan menggunakan senjata iaitu sebatang rotan.

    Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan ( KK ).

    Chee Yang yang terlibat dalam beberapa pelaburan termasuk hartanah itu juga dituduh menakutkan secara jenayah terhadap Mohd. Azminizam menggunakan sepucuk pistol dan melakukan kesalahan dibawah Seksyen 506 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.

    Bapa kepada empat orang anak itu turut didakwa dengan niat sengaja melukakan perasaan keagamaan orang lain.

    Justeru, dia boleh dipenjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 298 KK, jika disabitkan kesalahan.

    Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd. Azminizam dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

    Chee Yang sebelum ini turut disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

    Pada 15 April lalu, polis mendedahkan penangkapan lima suspek suspek kes pukul dua pengawal peribadi hanya kerana mereka berpuasa, membongkar aktiviti sindiket perjudian dalam talian, pengubahan wang haram dan along.

    Turut dirampas 100 kilogram jongkong emas, 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM28.25juta dari salah rumah milik salah seorang suspek di Bukit Tinggi Klang.

    BACA juga:

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah