MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Dua lelaki pakai gelang merah jambu beli makanan dikenalpasti

JOHOR BAHRU — Polis mengenal pasti dua lelaki memakai gelang merah jambu dipercayai melanggar perintah kuarantin dengan membeli makanan di sebuah kedai makan di Jalan Sierra Perdana, Taman Sierra Perdana, Masai di sini seperti dalam video yang tular melalui media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan mengenai video berdurasi satu minit 32 saat itu semalam.

“Kedua-duanya merupakan lelaki tempatan berusia 23 dan 46 tahun yang merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan mereka sedang dikuarantin di  sebuah hostel bermula 14 Ogos hingga 24 Ogos ini.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 8 malam, 18 Ogos lepas dan mereka yang sepatutnya menjalani kuarantin kendiri telah keluar untuk membeli makanan di sebuah kedai makan berhampiran lokasi rakaman kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata pihaknya akan memanggil kedua-dua lelaki itu selepas mereka habis kuarantin.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang boleh dikompaun RM5,000 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya orang ramai diingatkan supaya mematuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan supaya penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.

— BERNAMA

Berkaitan

Students did not sing National Anthem in Chinese, police report filed for investigation

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Abang belon ada 13 rekod lampau

Terkini

Shereen raih emas acara 400m, Azeem hampiri rekod 200m kebangsaan di Amerika Syarikat

What kind of religious leaders would benefit Malaysia?

怎么样的宗教领袖对马来西亚有益?

Building a Civilized Cyberspace Together

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool selepas seri menentang Everton