MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Doktor diperintah hadir esok perjelas keadaan Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan esok bagi mendengar penjelasan seorang doktor pakar sebuah hospital swasta berhubung keadaan kesihatan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran ketidakhadirannya pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan haram hari ini.

Sehubungan itu, sapina dikeluarkan kepada Pakar Perunding Sakit Intervensi, Hospital Pakar Avisena Shah Alam, Dr. Mohd. Shahir Anuar agar beliau hadir memberi penjelasan berkaitan prosedur yang dijalankan terhadap Ahmad Zahid.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, mahkamah perlu mengetahui prosedur berkenaan serta tempoh yang diperlukan untuk memastikan tertuduh benar-benar pulih bagi membolehkannya hadir pada prosiding akan datang.

“Mahkamah tidak boleh membenarkan sebarang penangguhan lagi dan akan memanggil doktor berkenaan menjelaskan keadaan kesihatannya serta prosedur yang dijalankan,” ujar beliau.

Hakim Collin pada asalnya bercadang untuk mengeluarkan sapina kepada doktor berkenaan dan mengarahkan beliau hadir ke mahkamah pada sebelah petang.

Bagaimanapun, peguam Hamidi Mohd. Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan, doktor pakar itu ketika dihubungi sejurus sidang ditangguhkan beberapa minit memberitahu, beliau tidak berkelapangan hari ini.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan, Presiden UMNO itu tidak dapat hadir kerana akan menjalani prosedur pada bahagian tulang belakangnya di sebuah hospital swasta.

Menurut peguam bela, Ahmad Zahid mengalami kesakitan akibat terjatuh dan tidak mampu duduk terlalu lama. Beliau dimasukkan ke wad sejak Ahad lalu.

Hisyam turut memaklumkan, pihak pembelaan mempunyai empat topik penghujahan yang mana salah satunya melibatkan isu-isu perlembagaan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata, pihaknya dimaklumkan melalui surat berhubung ketidakhadiran Ahmad Zahid pagi ini.

Bagaimanapun, ujarnya surat itu tidak menyatakan bahawa tertuduh bersetuju prosiding penghujahan dijalankan tanpa kehadirannya.

Raja Rozela berkata, jika penghujahan berlangsung tanpa kehadiran Ahmad Zahid, dikhuatiri akan memperlihatkan seolah-olah haknya selaku tertuduh dinafikan.

Beliau turut membayangkan jika perbicaraan diteruskan, mungkin prosiding boleh diakses secara maya demi berlaku adil kepada tertuduh.

Namun Hakim Collin berpendapat, Seksyen 264 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan kehadiran tertuduh perlu bagi mengelak wujud situasi yang membawa kepada perbicaraan yang tidak sah.

Sehubungan itu, beliau berpendapat adalah lebih baik tertuduh hadir bagi membolehkan beliau mengeluarkan arahan kepada peguam jika terdapat sebarang isu berbangkit.

Berkaitan

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

Terkini

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Berkaitan

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Terkini

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00