MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Thailand jangka hasilkan vaksin COVID-19 tempatan menjelang akhir tahun

Vaksin tempatan RNA messenger (mRNA) COVID-19 Thailand dikenali ChulaCov19 dijangka tersedia pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Wakil jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata calon vaksin, yang dibangunkan Universiti Chulalongkorn itu sedang di fasa ketiga ujian klinikal dan menunjukkan kemajuan memberangsangkan.

“Jika terbukti berjaya, Thailand mungkin menjadi negara pertama di ASEAN menghasilkan vaksin COVID-19.

“Pasukan penyelidik (Universiti Chulalongkorn) berharap menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan, negara sudah mula mengeluarkan dos vaksinnya sendiri,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini .

ChulaCov19 direka dan dibangunkan sekumpulan penyelidik Thailand yang bekerjasama dengan Profesor Universiti Pennsylvania Drew Weissman.

Selain ChulaCov19, pada September Thailand juga akan memulakan ujian ke atas manusia menggunakan vaksin COVID-19 berasaskan tumbuhan dan dijangka siap tahun depan. Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Chulalongkorn University dan Baiya Phytopharm Co. Ltd. (Baiya Phytopharm).

Sementara itu, angka kematian COVID-19 Thailand mencecah 10,000 hari ini selepas 297 orang lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, COVID-19 telah meragut 10,085 nyawa sejak ia dikesan di Thailand Januari tahun lalu.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata, kematian baharu melibatkan 151 lelaki dan 146 wanita berusia antara 17 hingga 104 tahun, termasuk lima warga Myanmar dan seorang rakyat China.

“Purata kematian di Thailand sekarang adalah 0.91 peratus,” katanya.

Dalam tempoh 24 jam,  Thailand mencatat 18,417 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan negara berjumlah 1,102,368.

Berkaitan

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Terkini

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Terkini

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00