MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Sukan : Liga Super: KDA FC terikat 3-3 dengan UiTM

ALOR SETAR — Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa berpuas hati dengan satu mata di laman sendiri selepas mencatat keputusan seri 3-3 dengan UiTM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-37 menerusi tandukan kemas kapten pasukan Baddrol Bakhtiar yang menerima hantaran lintang Azammuddin Mohd Akil.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak lama apabila UiTM menyamakan jaringan dua minit kemudian menerusi Dennis Buschening yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Sean Gan dijatuhkan oleh Renan Alves dalam kotak penalti.

Skuad Hijau Kuning menggandakan serangan namun beberapa percubaan ke gawang lawan berjaya diselamatkan pemain pertahanan UiTM FC hingga tamat babak pertama perlawanan.

Kelekaan barisan pertahanan tuan rumah dihukum seminit selepas separuh masa kedua bermula apabila Kwon Yong-hyun berjaya menyambar bola yang tidak dikawal kemas Alves sebelum menolak mudah menewaskan penjaga gol KDA FC sekali gus meletakkan The Lion Troops di hadapan.

Ariff Ar-Rasyid Ariffin menambah tekanan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak apabila meledak gol ketiga pasukan pelawat pada minit ke-63.

Kedah yang tidak patah semangat, terus melancarkan serangan demi serangan hingga berjaya merapatkan jurang pada minit ke-73 hasil tandukan pemain gantian Muhamad Fikhri Zulkiflee.

Pemain import Tchetche Kipre menjadi penyelamat maruah skuad Hijau Kuning apabila menjaringkan gol pada minit ke-80, sekali gus mengutip satu mata selepas terikat 3-3 hingga tamat perlawanan.

Berkaitan

Shereen raih emas acara 400m, Azeem hampiri rekod 200m kebangsaan di Amerika Syarikat

What kind of religious leaders would benefit Malaysia?

怎么样的宗教领袖对马来西亚有益?

Building a Civilized Cyberspace Together

Terkini

Students did not sing National Anthem in Chinese, police report filed for investigation

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool selepas seri menentang Everton