MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Presiden UMNO menjemput parti-parti politik tidak kira bangsa adakan perbincangan

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan “mungkin inilah masa paling sesuai’ mengadakan pilihan raya umum memandangkan beberapa kelonggaran pergerakan rakyat diperkenalkan susulan pandemik COVID-19.

“Jikalau rakyat sudah dibenarkan merentas negeri dan melancong, mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk diadakan pilihan raya umum,” kata Zahid dalam perutusan Tahun Baharunya di Facebook.

Beliau berkata UMNO berpegang kepada keperluan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk membentuk kerajaan memandangkan kerajaan Perikatan Nasional yang ada sekarang tidak stabil.

Beliau berkata langkah itu penting walaupun pertukaran kerajaan bukan sesuatu yang sihat dan masih ramai rakyat terkesan akibat COVID-19.

PN dilaporkan hanya mempunyai majoriti sokongan tiga Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Merujuk kepada kerajaan PN, Zahid berkata kerajaan yang rapuh sokongannya adalah “realiti baharu yang perlu negara hadapi.”

Katanya, ketika ini Malaysia sedang berdepan keadaan yang mencabar dan ia memerlukan kepimpinan berwibawa.

“Sebagai pemimpin UMNO dan BN, izinkan saya mengambil langkah pertama untuk menjemput parti-parti politik dan kepimpinannya untuk mengadakan perbincangan dan buktikan kepada rakyat tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, dan Orang Asli, kita semua mampu mengangkat politik matang dan meletakkan keutamaan kepada negara yang kian merasai impak pandemik,” kata beliau.

Zahid bagaimanapun tidak menghuraikan sama ada jemputan itu terbuka kepada blok pembangkang terbesar, Pakatan Harapan yang menggabungkan PKR, DAP, dan Amanah.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dilaporkan membuat ketetapan menolak kerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dan DAP tetapi pendirian itu, menurut beberapa pemimpin, perlu diolah berdasarkan scenario politik semasa.

“Dalam politik, tidak ada yang pasti. Politik adalah pendekatan yang dicipta untuk melindungi dan memenuhi keperluan rakyat dan dalam keadaan yang luar biasa, pendekatan dan persetujuan luar biasa juga perlu dicapai. Sebagai sebuah negara, kita gagal jika isu asas tidak diambil peduli oleh kerajaan. Pintu UMNO sentiasa terbuka untuk kerjasama demi kebaikan negara,” kata Zahid.

Berkaitan

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthoony Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi

Pemilihan CEC DAP 2025: Gobind Singh raih undi tertinggi

Terkini

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pemilihan CEC DAP berlangsung babitkan 70 calon

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG