‘Saya dan keluarga tidak pernah terima wang 1MDB’ - pakdin.my

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, menafikan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau mendakwa, ada laporan media yang tidak betul telah mengaitkan diri dan keluarganya dengan syarikat berkenaan.

“Tuduhan terhadap saya dan keluarga sama sekali palsu serta berniat jahat,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan ada ahli keluarga Zeti Akhtar, termasuk suami dan anaknya, didakwa menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi buruan pihak berkuasa berhubung skandal dana 1MDB.

Zeti Akhtar yang juga Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan, isu berhubung 1MDB sudah disiasat secara menyeluruh serta teliti oleh pihak berwajib, iaitu Bank Negara (BNM), polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau telah memberi sepenuh kerjasama, selain menyalurkan maklumat diperlukan polis dan SPRM dalam siasatan kes 1MDB serta bekas Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau berkata, dirinya tidak dapat membuat pernyataan lebih lanjut kerana menjadi saksi berpotensi dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri yang sedang berlangsung.

“Justeru pada pandangan saya, ia akan mengganggu perbicaraan yang sedang berlangsung dan berpotensi subjudis untuk saya membuat kenyataan pada masa ini.

“Saya ingin mengulangi bahawa keluarga dan diri saya tidak pernah menerima sebarang jumlah wang daripada 1MDB,” katanya.

UTAMABERITAAM'Saya dan keluarga tidak pernah terima wang 1MDB'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium