MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

MKT UMNO sudah setuju putus kerjasama dengan Bersatu… – Zahid Hamidi

Dalam pertemuan berkenaan, Zahid turut mengingatkan agar kepimpinan dan akar umbi UMNO dapat memperkukuhkan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN).

ALOR SETAR: Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 31 Januari depan.

Menurutnya, cadangan berkenaan adalah antara usul yang diterima MKT UMNO dalam Mesyuarat MKT yang diadakan 6 Januari lalu dan ia akan dimasukkan sebagai usul dalam ucapan dasar Presiden UMNO pada PAU nanti.

“Usul itu (menolak kerjasama dengan PPBM) telah dibawa ke Mesyuarat MKT pada 6 Januari yang lalu dan kita telah memutuskan untuk menerima usul-usul itu dan kita akan melakukan keabsahan pada 31 Januari ini di dalam Perhimpunan Agung UMNO.

“Setakat ini keputusan MKT adalah menolak (PPBM), tetapi keputusan terakhir yang saya katakan keabsahan itu adalah pada 31 Januari yang akan dimasukkan dalam usul ucapan dasar Presiden UMNO ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO Kedah di Bangunan UMNO Kedah pada Sabtu.

Menurutnya, pertemuan berkenaan adalah bagi menggantikan konvensyen yang diadakan di setiap negeri menjelang PAU seperti sebelum ini.

MN jelasnya wajar dijadikan satu wadah penyatuan khususnya dalam menghadapi PRU15 yang berkemungkinan diadakan dalam tempoh terdekat.

Berkaitan

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthoony Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi

Pemilihan CEC DAP 2025: Gobind Singh raih undi tertinggi

Terkini

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pemilihan CEC DAP berlangsung babitkan 70 calon

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba