Welcome to Pak Din   Click to listen highlighted text! Welcome to Pak Din
back to top

Wanita PKR Mahu Perhimpunan Agung Umno Dibenarkan

Wanita PKR Mahu Perhimpunan Agung Umno Dibenarkan

“Muhyiddin perlu mengutamakan penyelesaian kemelut ini dengan menerima keputusan PAU kelak sama ada Umno akan kekal dalam menyokong beliau atau tidak selaku perdana menteri dengan majoriti paling tipis dalam sejarah Malaysia.

“Muhyiddin perlu mengutamakan penyelesaian kemelut ini dengan menerima keputusan PAU kelak sama ada Umno akan kekal dalam menyokong beliau atau tidak selaku perdana menteri dengan majoriti paling tipis dalam sejarah Malaysia.

Wanita PKR mencabar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membenarkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadualkan berlangsung akhir bulan ini diteruskan.

Pengarah Komunikasi Wanita PKR Loh Ker Chean, berkata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan telah mengumumkan bahawa usul memutuskan hubungan dengan Bersatu dan memperkukuhkan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke PAU pada 31 Januari.

“Berdasarkan perkembangan ini, Wanita PKR mencabar Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin supaya membenarkan PAU berlangsung tanpa menggunakan sebarang helah politik termasuk alasan wabak Covid-19 untuk menghalang PAU,” kata Loh dalam satu kenyataan media hari ini.

Difahamkan, Umno bersedia mengadakan AGM secara dalam talian untuk mengelakkan risiko Covid-19 merebak lebih jauh.

“Wanita PKR melontarkan cabaran ini kerana mengambil iktibar daripada insiden persembahan cadangan pengisytiharan darurat di seluruh negara ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 2020 oleh perdana menteri demi kepentingan politik peribadinya,” katanya.

Tambahnya, rakyat menyedari ketidakstabilan kerajaan Perikatan Nasional dalam mentadbir negara ini.

Loh berkata, krisis politik yang berlanjutan sejak langkah Sheraton Februari lalu, telah menghambat usaha memerangi pandemik Covid-19, sehingga melemahkan keyakinan para pelabur asing untuk melabur di negara ini.

“Muhyiddin perlu mengutamakan penyelesaian kemelut ini dengan menerima keputusan PAU kelak sama ada Umno akan kekal dalam menyokong beliau atau tidak selaku perdana menteri dengan majoriti paling tipis dalam sejarah Malaysia.

“Malaysia telah menunjukkan teladan yang terbaik kepada dunia terutamanya negara-negara yang mendukung sistem demokrasi pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu apabila peralihan kuasa yang aman dan damai berlaku dalam Malaysia,” katanya.

Justeru, Loh menyeru perdana menteri supaya mengizinkan peralihan kuasa berlaku dengan aman sekiranya dia kehilangan sokongan Umno menerusi PAU pada hujung bulan ini.

LAGI BERITA

Menteri Haji & Umrah Arab Saudi dipecat beberapa hari selepas kita diberi kuota tambahan Haji

Tok Abah Kau kami baru sahaja pergi menunaikan umrah dan mendapat tambahan 10,000 kuota haji. Dan Raja Arab Saudi memecat menteri Haji beberapa hari selepas itu. Walaubagaimana pun tiada maksud hendak mengatakan bahawa kedua-dua perkara itu berkaitan (jadi jangan denda RM100 ribu untuk berita palsu - ini tidak ada kaitan dengan...

Kuwait memuji perubatan tradisional Cina untuk merawat COVID-19

Lianhua Qingwen Capsules, ubat tradisional Cina yang dipatenkan yang banyak digunakan di China untuk merawat pesakit COVID-19, telah diperakui oleh kerajaan Kuwait untuk digunakan. Ramai orang Kuwait mengatakan bahawa ubat tersebut telah membuktikan keberkesanannya dalam merawat gejala coronavirus. KUWAIT: Menyaksikan lonjakan kes COVID-19 ketika wabak itu terus berleluasa di...
00:02:25

[Video] Kes audio ‘scheme of things’ Muhyiddin menunggu keputusan Peguam Negara

Definisi rasuah di bawah akta SPRM adalah ketika seseorang yang memegang jawatan awam (katakanlah nama palsu seperti Moodin) menyalahgunakan kuasanya untuk memperkayakan orang lain (dengan memberi jawatan kerajaan) untuk mendapatkan keuntungan peribadi (untuk terus berkuasa). SPRM mengatakan bahawa mereka telah menyelesaikan siasatan terhadap Muhyiddin (bukan nama sebenarnya) sejak Julai 2020...

Terkini

Popular

Terkini

Popular

Tolong lah subscribe
Tolong lah subscribe

Berkaitan

Click to listen highlighted text!