MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Tular sebuah video mendakwa bahawa pembantu rumah warga Indonesia didera adalah tidak benar

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Wangsa Maju:

Pada 19 September 2021, pihak polis telah mengesan satu video yang telah tular di media sosial berdurasi 1 minit dan 10 saat dimuat naik oleh halaman Facebook Kongsi Segala Info url: https://m.facebook.com/102908607941062/posts/387847026113884/ memaparkan seorang wanita dalam keadaan ketakutan yang dikatakan telah didera oleh majikannya. Video asal tersebut telah dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @long_rangerr seperti di pautan berikut: https://vt.tiktok.com/zsjo4ppgg/. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 16 September 2021 di Benningotn Residence, No. 1, Jalan Arena 1, Taman Ayer Panas, 53200 Kuala Lumpur pada jam yang tidak dapat dipastikan.

Melalui penelitian ke atas video yang diperolehi, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju dan Balai Polis Setapak telah pergi ke Bennington Residence untuk mendapatkan maklumat bekenaan kejadian tersebut. Berdasarkan maklumat yang diperolehi di tempat kejadian dan keterangan saksi-saksi yang terlibat mendapati kejadian berlaku pada 16 September 2021 jam lebih kurang 10.00 malam. Keterangan saksi yang berada di tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur penderaan yang berlaku ke atas mangsa. Mangsa adalah seorang perempuan warganegara Indonesia yang dipercayai mengalami tekanan perasaan kerana hendak balik ke negara asal. Mangsa akhirnya berjaya dipujuk oleh rakannya dan berjaya ditenangkan.

Salah seorang kenalan kepada mangsa juga telah membuat laporan polis menafikan berlakunya kejadian dera ke atas mangsa. Semakan pihak polis juga sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mangsa, individu lain dan juga pihak kedutaan Indonesia dalam kejadian ini.

Sehubungan dengan itu, pihak polis berharap supaya spekulasi berlaku kejadian dera ke atas mangsa tidak ditularkan kerana berita yang tidak tepat boleh mendatangkan keresahan dan kerisauan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis KL
Facebook Rasmi IPPD Wangsa Maju
Berita Harian
Sinar Harian
Astro Awani

MAINKAN PERANAN ANDA!

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,

Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Berkaitan

Tabayyun: Penemuan 50 Tan Selongsong Peluru Tanda Negara Akan Diserang?

Sari kata palsu telah ditambahkan pada wawancara lama Cristiano Ronaldo

Video tular kejadian buli melibatkan pelajar sekolah merupakan video lama yang berlaku di Indonesia

Tiada Penglibatan UN Dalam Misi Bantuan Banjir

Terkini

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

PDRM Bersama PGA PDRM Menjalankan Penugasan Rondaan Keselamatan Bagi Penguatkuasaan SOP Di Kawasan Tumpuan Orang Ramai

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?