GAYA HIDUP“Sebahagian organ dalam sudah rosak”- Ashraf Muslim mohon doa, bapa kini terpaksa...

“Sebahagian organ dalam sudah rosak”- Ashraf Muslim mohon doa, bapa kini terpaksa ditidurkan

Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim memohon doa dari semua peminat dan pengikutnya dilaman sosial agar mendoakan kesihatan buat ayahnya, Muslim Bulat, 67, yang terpaksa ditidurkan.

Ashraf dilihat berkongsi berita tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pagi ini.

Menurut Ashraf, ayahnya terpaksa ditidurkan atau melalui prosedur intubasi kerana berada pada tahap lima selepas disahkan positif wabak Covid-19 pada Jumaat lalu.

“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat.

“Ayah saya sedang melalui proses yang sukar sekarang ini. Jantung semakin lemah serta sebahagian organ dalam sudah rosak. Saya mohon sangat kepada ahli keluarga dan rakan mendoakan ayah agar kuat dan diberi kesembuhan dengan cepat,” katanya.

Ashraf, 40, atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim juga berharap akan ada keajaiban yang akan berlaku terhadap bapanya itu untuk kembali sihat seperti sedia kala.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Wawa, Aeril menjadi artis Malaysia pembayar zakat tertinggi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami