MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

KWSP Memang Simpanan Hari Tua Tapi Rakyat Kini Terdesak Hadapi ‘Safety Net’ – Dr Asyraf

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah simpanan hari tua yang penting untuk survival rakyat kemudian hari tetapi suasana kecemasan musim pandemik memerlukan pelbagai pendekatan mendesak untuk menangani masalah safety net (jaringan keselamatan sosial rakyat).

Beliau berkata demikian ekoran ada yang memperlekeh usaha Pemuda UMNO kononnya hanya untuk bangkitkan sentimen rakyat dengan menggadaikan masa depan mereka lantaran mendesak kerajaan dan KWSP membenarkan pengeluaran i-Citra RM10k one-off ini, sedangkan ia simpanan untuk hari tua.

“Benar Pemuda UMNO akui KWSP adalah simpanan hari tua yang penting untuk survival rakyat kemudian hari. Malah dalam perbincangan dengan pihak KWSP kelmarin pun mereka menunjukkan data-data terkini bahawa rata-rata rakyat hanya boleh bertahan selama tiga tahun secara purata dengan jumlah simpanan KWSP yang mereka ada.”

Dr Asyraf berkata demikian dalam ruangan komen selepas memberi kenyataan berkaitan kesediaan KWSP memberikan komitmen untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Citra bagi membantu mengurangkan bebanan pencarum ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Berikut adalah hujah balas beliau terhadap mereka yang mempertikaikan perjuangan Pemuda UMNO berkaitan isu ini:

  1. Suasana kecemasan musim pandemik memerlukan pelbagai pendekatan mendesak untuk menangani masalah safety net (jaringan keselamatan sosial rakyat).

– Jutaan rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Pandemik samaada diberhentikan kerja, dicutikan tanpa gaji, perniagaan lingkup dan pendapatan gaji hari yang terencat, menyebabkan perbelanjaan rakyat dan aliran tunai dalam ekonomi terjejas teruk.

– Rakyat terdesak untuk bayar komitmen bulanan (sewa rumah, ansuran kereta, bil-bil utiliti, kad kredit dll), pada masa sama tertekan untuk penuhi tuntutan perut, keperluan dapur keluarga, keperluan persekolahan anak-anak (PdPR) dll.

  1. Bantuan Kerajaan seperti BPR, BPN dan BKC yang sebelum ini amat terhad dan hanya memfokuskan kepada B40, menyebabkan ramai dikalangan rakyat yang masih tercicir sedangkan mereka juga telah jatuh ke dalam kategori susah dan terdesak terutamanya dikalangan M40 sebelum ini. Justeru, demi kelangsungan hidup sekarang, membenarkan pengeluaran caruman daripada KWSP pasti akan melegakan ramai yang memang hakikatnya sudah sampai ke peringkat terdesak.

  2. Pengeluaran dengan jumlah yang terhad daripada simpanan hari tua KWSP seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra hanya untuk solusi jangka pendek bagi rakyat tidak terputus tunai di tangan dan melangsaikan komitmen yang tertunggak ketika pandemik ini.

  3. Ada beberapa cadangan yang Pemuda UMNO turut kemukakan untuk tangani isu bagi menampung kembali kelompongan simpanan KWSP akibat pengeluaran musim kecemasan, antaranya meningkatkan kadar caruman wajib majikan untuk tempoh tertentu dan memperluaskan caruman ‘mandatory coverage’ termasuk kepada sektor informal seperti Gig ekonomi.

# Tag

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Popular

?Nukilan Ikhlas Dari Dato Sri Najib Razak

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Terkini

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah