MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Warga Taiwan dihukum gantung edar syabu 755.9 gram

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Taiwan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 755.9 gram(g), dua tahun lalu.

Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor menjatuhi hukuman itu terhadap Yao Mao Guo, 26, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mao Guo yang memakai pakaian serba putih itu dimaklumkan mengenai hukuman itu oleh jurubahasa Taiwan pada prosiding tersebut.

Nurulhuda dalam penghakimannya menegaskan tertuduh mempunyai pengetahuan berhubung dadah yang terdapat dalam milikannya.

“Mahkamah telah meneliti semua keterangan yang diberikan beserta dokumen dan eksibit yang dirujuk oleh pihak-pihak.

“Tertuduh ada pengetahuan berhubung dadah dalam milikannya dan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Pada prosiding tersebut, Peguam B.H Khor mewakili tertuduh memohon agar hukuman itu digantikan dengan penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Heikal Ismail menjelaskan tiada bukti menunjukkan tertuduh membantu dalam tangkapan lain di dalam kes berkenaan sekali gus memohon hukuman gantung sampai mati dikekalkan.

Berdasarkan pertuduhan, Mao Guo didakwa telah didapati mengedar dadah jenis syabu seberat 755.9 gram di kawasan Pelepasan Antarabangsa (Link Bridge) Kastam, Aras 4, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 7.06 pagi, 15 Februari 2019.

Dia didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, sekiranya disabitkan kesalahan. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Berkaitan

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Terkini

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani