MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

RMK-12 diharap kembalikan semula populasi ‘Diamond Society’ – Ahmad Zahid

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) mampu mengembalikan semula penstrukturan semula masyarakat yang berubah sejak serangan pandemik COVID-19.

Katanya ini termasuk konsep diamond society iaitu ianya membentuk populasi golongan pertengahan lebih ramai berbanding yang lain.

“Menyentuh berkenaan penstrukturan semula masyarakat kita semua sedia maklum kesan besar serangan pandemik telah merubah struktur susun lapis masyarakat.

“Jika sebelum serangan COVID-19, masyarakat Malaysia adalah bersusun lapis dalam bentuk masyarakat berlian atau permata dalam istilah sosiologi dipanggil diamond society.

“Namun kesan ke atas ekonomi negara disebabkan pandemik telah menyebabkan ramai hilang pekerjaan, pelbagai usaha niaga ditutup dan ramai pula yang muflis,” katanya ketika membahaskan usul RMK12 di Dewan Rakyat hari ini.

Presiden UMNO itu juga menggesa kerajaan untuk bertindak agresif untuk mewujudkan semula masyarakat ini dan mengenepikan pyramid society.

Jelas beliau ini kerana konsep ini meliputi golongan miskin tegar paling ramai manakala rakyat yang berpendapatan menengah menguncup dan mereka yang berpendapatan tinggi adalah kecil.

“Oleh yang demikian kerajaan perlu mengambil langkah yang drastik untuk strukturkan kembali masyarakat ini.

“Kita lihat dahulu mereka yang berada dalam kategori M40 sekarang berada di B40 dan lebih daripada setengah juta isi rumah telah berada di dalam kategori ini.

“Maka saya harapkan melalui pelaksanaan RMK12 ini kita akan sama-sama berjaya menstrukturkan kembali masyarakat secepat mungkin, agar menjadi masyarakat berlian seperti yang wujud sebelum tamat RMK12 ini,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau juga turut menggariskan beberapa cadangan lain kepada kerajaan termasuk memberikan diskaun sebanyak 30 peratus tol kepada pengguna lebuh raya dengan tidak memanjangkan konsesi malah melakukan pengstrukturan semula, penggunaan satu kad untuk semua penggangkutan awam dan memberikan latihan semula kepada penganggur mengikut kebolehpasaran mengikut industri.

Ahmad Zahid juga mengharapkan agar melalui RMK12 ini juga dapat memperkukuhkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), AIM Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN dimantapkan, permudahkan rakyat untuk peroleh rumah dan memperbaiki pendidikan khas.

# Tag

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Popular

?Nukilan Ikhlas Dari Dato Sri Najib Razak

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Terkini

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah