MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Najib pantas sekali didakwa, kes suami Zeti apa jadi, soal Puad

Hasil siasatan berkaitan dana 1MDB membabitkan suami bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz, Dr Tawfiq Ayman, sepatutnya diumumkan perkembangannya selepas disiasat oleh polis sejak April lalu, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi.

April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Zainuddin Yaacob berkata, siasatan membabitkan suami Zeti itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

FMT sebelum ini melaporkan, polis Singapura berkongsi maklumat dengan Bank Negara (BNM) mengenai transaksi mencurigakan akaun bank milik syarikat suami dan anak Zeti, melibatkan wang daripada syarikat atau akaun bank yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, pada 2015 dan 2016.

Puad berkata, pihak berkuasa tidak sepatutnya “mengecualikan” pihak yang terbabit, selepas mengambil kira banyak pihak disiasat berkaitan dana 1MDB.

“Kenapa mengambil masa yang lama? Najib Razak begitu pantas sekali untuk didakwa. Lagi pun kes yang melibatkan suami Zeti ini amat ‘straight forward’.

“Ini kerana suami Zeti dan dua anaknya telah membuat akuan berkanun (SD). Mereka mengaku wang 1MDB masuk ke akaun Cutting Edge Industries milik mereka di Singapura,” katanya kepada FMT.

Puad turut mendakwa berlaku “pendakwaan terpilih” ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, termasuk melindungi mereka yang dianggap sebagai kroninya.

“Polis Singapura pula telah memaklumkan BNM mengenai transaksi yang mencurigakan itu pada 2015 dan 2016. Ketika itu Gabenor Bank Negara ialah Zeti.

“Amat mendukacitakan maklumat mengenai suami Zeti dan dua anaknya menerima dana daripada Jho Low hanya terdedah bila SD mereka bertiga bocor pada 2019,” katanya.

Beliau berkata, rakyat seolah-olah dipermainkan kerana Zeti bukan saja dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), malah sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Berkaitan

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Terkini

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Aidilfitri: Islam tidak melarang wanita untuk kelihatan cantik tetapi ada batasnya

Lawatan bersama Malaysia dan Thailand ke Myanmar minggu depan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Aidilfitri: Islam tidak melarang wanita untuk kelihatan cantik tetapi ada batasnya

Lawatan bersama Malaysia dan Thailand ke Myanmar minggu depan

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala