Ketengahkan segera akta lompat parti, elak rakyat terus jadi mangsa

Akta Anti Lompat Parti dan Pemecatan Ahli Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diluluskan dengan kadar segera kerana rakyat sememangnya meluat dengan sikap segelintir pemimpin yang langsung tidak memikirkan soal rakyat yang sedang bergadai nyawa untuk meneruskan kehidupan dan keluarga.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata kalangan mereka yang menggunakan slogan perjuangan ‘untuk rakyat’ dan sebagainya lagi merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya ketika negara sedang bergelut dengan pandemik hari ini.

“Sedar atau tidak, mahu diakui atau tidak, sebenarnya akibat kepentingan peribadi dan menafikan hak rakyat,ianya telah meruntuhkan Kerajaan Negeri Melaka.

“Pemimpin yang menjual slogan perjuangan ‘demi rakyat’ ini adalah tidak boleh diterima sama sekali dan menyusahkan rakyat yang sedang bergelut dalam meneruskan kehidupan akibat Pandemik COVID-19,” katanya menerusi catatan di Facebook, di siin, hari ini.

Tambah Norshida yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat, keputusan parti menyerahkan kembali kepada rakyat adalah satu tindakan yang tepat bagi menyelesaikan kemelut yang tiada noktah.

“Rakyat mahukan pemimpin baru dan calon yang benar-benar berjiwa rakyat, berilah peluang muka baru yang berkaliber, yang mampu menjadi nakhoda Melaka. Ketengahkanlah khususnya golongan Wanita UMNO Melaka yang sejak sekian lama setia tidak kira waktu menaburkan bakti untuk rakyat tanpa memikirkan kepentingan peribadi.

“Ayuh! Rakyat gunakanlah segala kuasa di tangan anda untuk diterjemahkan undi sewaktu Pilihan Raya Negeri kali ini.  Janganlah kita alpa segala mimpi ngeri PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) ditikam oleh Pakatan Harapan membawa pepecahan sehingga hari ini merosakkan kemajuan Negeri Melaka. Yakinlah hanya UMNO sahaja yang mampu membawa kestabilan politik dan kemakmuran Negeri Melaka,” ujarnya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...