MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

PRN Melaka: UMNO dapatkan maklum balas pelbagai pihak sebelum ambil sebarang ketetapan – SUA

UMNO masih menunggu perkembangan terkini berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka khususnya daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan mengadakan mesyuaratnya Isnin depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ruang yang ada itu digunakan oleh parti untuk mengambil segala maklum balas daripada pelbagai peringkat sebelum membuat sebarang keputusan kelak.

“Kelmarin ada  mesyuarat biro politik dan juga mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklum balas terlebih dahulu…maklum balas daripada Melaka dan sebagainya.

“Oleh kerana kita baru sahaja mendapat maklum balas dan kita tidak tahu bila lagi pilihan raya, kita tidak boleh mendahului  SPR yang akan menetapkan tarikh…jadi apabila SPR buat pengumuman barulah kita tahu bila ianya diadakan maka selepas itu tentunya kita akan buat keputusan tertentu yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama jentera setempat di Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, di sini, hari ini.

Turut serta Ketua UMNO bahagian, Datuk Abdul Razak Abd Rahman dan pimpinan yang lain.

Ahmad Maslan seterusnya menambah pelbagai perkara telah dibincangkan menerusi mesyuarat yang diadakan malam tadi namun belum mengambil sebarang keputusan.

“Sebelum kita membuat keputusan, mesti nak dapatkan maklum balas dahulu. Maklum balas ini pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan.

“Maklum balas serta kajian yang tepat barulah kita boleh membuat keputusan dengan tepat kelak,” ujar Ahli Parlimen Pontian itu.

Ujar beliau lagi UMNO sudah pasti mahu memenangi di kawasan yang ditandingi  manakala dari segi jumlah kerusi DUN yang akan ditandingi pula akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti setelah SPR membuat pengumuman.

Berkaitan

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

丹斯里陈建顺因“个人原因” 辞任T7全球执行副主席

Terkini

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tan Kean Soon meletak jawatan daripada T7 Global

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高