MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ingat Kembali apa berlaku lepas PRU-14… Yakin hanya UMNO berjuang demi Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan

Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap agar ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhan tidak lupa dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu apabila kerajaan baharu menggantikan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang natijahnya sehingga kini negara tidak stabil.

Tegasnya, pihak pembangkang sebelum PRU-14 hanya menggunakan pemimpin tertentu sebagai boneka sahaja untuk mendapatkan kuasa.

“Saya bukan beretorik. Renungkan selama lebih 60 tahun UMNO/BN menjadi teraju kerajaan maka apa yang rakyat telah lalui dan bandingkan dengan apa yang telah berlaku lebih dari tiga tahun dalam kerajaan-kerajaan baharu yang mentadbir sebelum ini.

“Bagaimana keadaan kita semua, ada banyak keluhan-keluhan kerana kestabilan politik yang tidak ada sehinggakan dalam masa tiga tahun ada tiga Perdana Menteri, malah hingga kini pun kita masih tidak ada kestabilan politik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena Persidangan UMNO Cawangan Bunga Matahari, iaitu cawangan yang dianggotainya sendiri.

Ujar Tengku Adnan, dari sebelum pilihan raya 2018 lagi beliau sudah mengingatkan agar semua rakyat berhati-hati kerana pembangkang ketika itu akan cuba sedaya upaya dengan tipu helah dan fitnah untuk memburukkan UMNO/BN.

“Cukuplah 22 bulan mereka mentadbir maka pelbagai perkara berlaku namun alhamdulillah bahawa kerajaan itu tidak lama. Demikian juga kerajaan sementara yang kini telah berganti, namun kestabilan itu masih belum ada.

“Maka kerana itu, saya rayu semua ahli-ahli akar umbi, tolong ingat kembali apa yang berlaku dalam pilihan raya yang lalu. Kesannya sehinggakan sekarang ini ramai yang kehilangan kerja malah terkesan daripada tindakan daripada salah apabila memilih kerajaan.”

Sehubungan itu, beliau menekankan agar keyakinan akar umbi terus kukuh kepada perjuangan UMNO.

“Kita akan berjuang untuk agama, bangsa dan negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. UMNO ini adalah parti yang berteraskan akar umbi, mempunyai struktur dan organisasi yang mantap, mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas.

“Kerana itu, walaupun kita menghadapi onar yang begitu ketara terutama daripada parti serpihan yang inginkan agar UMNO ini gugur, namun kita bersyukur kerana sehingga hari ini hasrat mereka untuk melihat UMNO terkubur adalah gagal.”

Jelasnya, UMNO sendiri menyedari bahawa wakil rakyatnya berdepan dengan pelbagai tekanan sebelum ini.
“Oleh kerana kerakusan kerajaan yang baru menang ketika itu, mereka telah mengambil tindakan perundangan dan dituduh dengan pelbagai tuduhan politik dengan tujuan untuk melemahkan ahli-ahli UMNO itu sendiri.

“Ini kerana kemenangan mereka juga tidak begitu selesa maka mereka telah membuat pelbagai cara untuk mendapatkan sokongan dari para wakil rakyat UMNO untuk lompat menjadi ahli mereka.”

Justeru katanya, UMNO sendiri ada 16 orang ahli Parlimen yang bertindak memberikan sokongan kepada PPBM.

“Tetapi kita tahu kena mereka ini berbuat demikian yang barangkali adalah kerana tekanan-tekanan yang telah dibuat oleh pihak tertentu untuk memastikan sokongan diberikan terhadap mereka, malah jika tidak mereka akan di heret ke muka pengadilan atas tuduhan yang di luar akal sebagaimana saya sendiri.

“Saya telah diminta untuk memberikan sokongan kepada mereka, lompat kepada parti mereka dan diberikan janji pelbagai jawatan sehinggakan jawatan penghabisan adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Namun demi Allah, apa yang saya ada hari ini adalah kerana UMNO dan saya tidak akan mengkhianati parti saya… walau apa terjadi saya tidak akan mengikut apa yang dikehendaki mereka kerana saya amat yakin hanya UMNOlah yang akan menentukan masa depan orang Melayu, agama saya terjaga dan negara terpelihara dengan hala tuju yang benar,” tegasnya lagi yang turut mengimbas bagaimana rentetan beliau turun naik mahkamah atas tuduhan yang diada-adakan.

Berkaitan

Lawatan bersama Malaysia dan Thailand ke Myanmar minggu depan

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Terkini

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Aidilfitri: Islam tidak melarang wanita untuk kelihatan cantik tetapi ada batasnya

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara