MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ahmad Zahid tegaskan UMNO/BN paling berkredibiliti tolak idealisme DAP, tak pernah bersekongkol seperti parti lain

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) adalah parti politik yang paling berkredibiliti dan diyakini dalam menolak idealisme Dap.

Jelasnya, kerajaan UMNO/BN yang utuh sentiasa mempertahankan kepentingan Melayu Islam tanpa mengenepikan hak kaum lain.

“Jika benar bimbangkan Dap kembali berkuasa marilah memastikan kemenangan mutlak UMNO/BN, kerana dalam soal itu pendirian UMNO/BN terbukti paling ‘credible’, ‘capable’ dan ‘consistent’.

“Sepakat bahawa kriteria kebolehmenangan (winnable), kebolehterimaan (acceptable) dan kebolehsenangan (likable) akan digunakan untuk memilih calon yang sesuai,” katanya berkaitan hal terbabit menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujarnya yang juga Pengerusi BN, sejarah politik tanah air menyaksikan UMNO/BN parti politik yang teguh menolak idealisme Dap.

“UMNO/BN malah tidak pernah menjalin kerjasama politik dengan Dap dalam apa bentuk keadaan sekali pun.

“Semasa PRU-14 UMNO melawan Dap sedangkan PPBM ketika itu ke sana ke sini menjulang parti Dap.

“UMNO/BN mengingatkan rakyat apakah itu Dap, PPBM menghasut orang Melayu di kampung dan bandar mengundi Dap.”

Dalam hal ini beliau menyorot selepas PRU-14 apabila UMNO/BN tetap menolak Dap namun PPBM pula bersekutu dan berusaha mempertahankan Dap.

“PPBM meninggalkan Dap hanya selepas sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada mereka merosot teruk.

“Pemimpin UMNO/BN tidak pernah sanggup mengadakan sidang media secara ‘live’ merayu talian hayat Dap untuk kekal berkuasa.

“Rumusannya UMNO/BN adalah parti politik yang paling berkredibiliti dan diyakini dalam menolak idealisme Dap berbanding parti politik yang bersengkongkol dengan Dap untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN pada 2018,” tegasnya lagi.

Berkaitan

Lawatan bersama Malaysia dan Thailand ke Myanmar minggu depan

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Terkini

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Aidilfitri: Islam tidak melarang wanita untuk kelihatan cantik tetapi ada batasnya

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara