MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

PRN Melaka: UMNO sedia gempur, yakin rampas Pengkalan Batu Dan Bukit Katil Dari PH

HANG TUAH JAYA – Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali meluahkan keyakinan beliau untuk Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu dan Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan hadapan.

Jelas beliau, BN tentunya akan mempertaruhkan calon yang berkaliber bagi memenangi hati pengundi untuk mengalahkan calon yang diketengahkan oleh Pakatan Harapan (PH).

“Kita ada empat DUN di bawah Parlimen ini, tapi ada tiga DUN yang dipegang mereka salah satunya dipegang oleh Norhizam Hassan Baktee dan Adly Zahari.

“Jadi kami di sini akan memastikan supaya calon mereka mendapat saingan yang hebat sekali daripada BN, kebetulan pula DUN Bukit Katil ini sudah dua penggal tidak bersama dengan BN.

“Termasuk juga di DUN Pengkalan Batu, semangat jentera BN sangat kuat yang mana kemungkinan besar akan diwakili oleh UMNO dan untuk meletakkan satu calon yang menjadi kemahuan oleh penduduk di situ insya-Allah penguat kepada jentera kita untuk melakukan terbaik sebagai persiapan ke hari pengundian kelak,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Ridhwan juga turut memaklumkan jentera di bahagian beliau berada pada tahap persedian yang cukup rapi bagi memastikan kemenangan calon BN pada PRN kelak.

“Parlimen Hang Tuah Jaya telah melaksanakan banyak persiapan semua jentera-jentera utama telah pun dibentuk jentera di peringkat DUN dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) juga telah menyemaknya beberapa kali melalui mesyuarat.

“Kita melihat suasana baik untuk BN khususnya di Parlimen Hang Tuah Jaya dengan gerak kerja yang berterusan insya-Allah kita boleh mencapai tahap kesiap-siagaan yang baik dalam tempoh berbaki ini.

“Pada awalnya ramai yang terkejut kerana berlaku begitu singkat tapi walau bagaimanapun nampaknya semua telah memberikan komitmen yang baik termasuk dengan kerjasama daripada pari-parti komponen iaitu MCA dan MIC,” ujar beliau.

Berkaitan

Lawatan bersama Malaysia dan Thailand ke Myanmar minggu depan

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Terkini

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Aidilfitri: Islam tidak melarang wanita untuk kelihatan cantik tetapi ada batasnya

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara