Kerajaan gagal lucut hak barangan mewah milik Najib, Rosmah

Mahkamah Tinggi hari ini menolak usaha kerajaan untuk melucut hak barangan mewah yang disita daripada Najib Razak, Rosmah Mansor dan anak-anak mereka oleh polis selepas pilihan raya umum (PRU) 2018.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal membuktikan barangan tersebut dibeli dengan menggunakan dana 1MDB.

“Adalah tidak mencukupi bagi pegawai penyiasat untuk hanya menyatakan pergerakan wang masuk dan keluar daripada akaun bekas Perdana Menteri dalam afidavitnya.

“Tidak diragui terdapat amaun besar yang masuk dan keluar dari akaunnya (Najib) tetapi mahkamah tidak dapat mencari kesalahan berdasarkan syak wasangka,” katanya.

Kerajaan mahu melucut hak ratusan barangan berharga yang disita daripada Najib, Rosmah dan 16 individu serta syarikat.

Ia termasuk beg tangan, wang tunai dalam pelbagai mata wang, jam tangan, kasut dan 27 kenderaan.

Dalam penghakiman, Zaini juga berkata pihak pendakwaan tidak menunjukkan barangan mewah terbabit dibeli menggunakan wang dalam akaun bank Najib.

“Malah pemohon (kerajaan) mengakui beberapa barang yang disita adalah berbentuk hadiah.

“Mereka hanya menyenaraikan barangan yang disita dan nilainya, dan sebaliknya, membuat kesimpulan bahawa responden (Najib, Rosmah, dan anak-anak) tidak ada kemampuan untuk memiliki barang mewah tersebut berdasarkan pendapatan mereka.

“Jelas bahawa pegawai penyiasat membuat kesimpulan ini berdasarkan anggapannya. Ini tidak mencukupi kerana mereka perlu membuktikan kaitan secara langsung antara wang yang diperoleh secara haram dengan wang tunai yang ditemui serta barang yang dibeli,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong memberitahu mahkamah bahawa mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

SUKAN

[TONTON] Masalah tikus di Old Trafford

TEKNOLOGI

Vietnan laksana undang-undang internet yang ketat berkuat kuasa 25 Disember

JENAYAH / MAHKAMAH

Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan

DUNIA

[TONTON] Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan