NASIONALNAHAS & BENCANA1 hilang, 3 selamat dalam musibah kepala air

1 hilang, 3 selamat dalam musibah kepala air

"Seorang daripada mangsa mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada petugas perubatan untuk rawatan.

JASIN: Kegembiraan empat sahabat mandi-manda di air terjun dekat Laman Tiga Budaya, Asahan, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada hilang dipercayai dihanyutkan kepala air, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4.54 petang.

Katanya, dua jentera bersama 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan Melaka Tengah bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, SAR turut dibantu tujuh anggota BBP Tangkak termasuk dua anggota Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

“Setibanya pasukan di lokasi, maklumat diterima mendapati seorang mangsa hilang dan dikhuatiri lemas, manakala tiga lelaki berusia 24 hingga 27 tahun selamat.

“Seorang daripada mangsa mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada petugas perubatan untuk rawatan,” katanya.

Operasi SAR dijalankan pasukan bomba.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami