Monday, December 23, 2024

Rekod cemerlang kumpulan bukan jaminan TFC menang – Nafuzi

Status juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah bukan jaminan buat skuad Terengganu FC (TFC) untuk menang ke atas Sarawak United FC malam esok.

Ketua jurulatih pasukan TFC Nafuzi Zain mengakui agak bimbang untuk berdepan naib juara Liga Premier musim ini dalam perlawanan suku akhir saingan Piala Malaysia yang berbeza bahang dan cabarannya.

Bagaimanapun, dengan bertemu lawan di hadapan penyokong sendiri, Nafuzi yang juga jurulatih paling muda Liga Super berharap agar anak buahnya dapat memanfaatkan kelebihan tersebut untuk mengumpul seberapa banyak gol sebagai bekalan selesa sebelum bertandang ke Bumi Kenyalang dalam perlawanan timbal balik 18 Nov ini.

“Daripada segi prestasi  peringkat kumpulan, anak buah saya telah mempamerkan persembahan cemerlang dengan menang dalam lima perlawanan dan seri ketika menentang Kuching City FC.

“Bagaimanapun tekanan di peringkat suku akhir berlainan kerana ia pusingan kalah mati. Apatah lagi jurulatih Ela (E. Elavarasan) yang saya tahu sentiasa menekankan disiplin tinggi sebagai persediaan untuk satu-satu perlawanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, Nafuzi turut mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada dengan ancaman dua tonggak import Kenyalang Emas iaitu Sandro Da Silva dan Ucha Agra yang sentiasa menggusarkan lawan dengan siri serangan berbahaya.

Ia ditambah dengan disiplin bertahan Sarawak yang tinggi dan gandingan pemain sayap laju dan licik.

“Saya mahu pemain memberi sepenuh komitmen dan bermain mengikut perancangan supaya kita dapat catat keputusan positif dan kurangkan tekanan apabila bermain di tempat lawan,” katanya.

Katanya, Terengganu juga pasti tidak menurunkan tiga ‘ubi muda’ iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat, Hakimi Abdullah dan Azam Azmi Murad pada perlawanan pusingan kerana baru sahaja tamat menjalani tempoh kuarantin wajib selepas pulang bersama Skuad Kebangsaan Bawah 22 Tahun (B-22).

Berkaitan

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

SUKAN

Timor-Leste hampir calar maruah Harimau Malaya di laman sendiri

SUKAN

Kontrak baharu Salah gembirakan Liverpool

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…