MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

#PRNMelaka: BN rakam penghargaan untuk rakyat Melaka – Ahmad Zahid

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengucapkan terima kasih kepada rakyat Negeri Melaka yang telah melaksanakan tanggungjawab pengundian dalam kerangka demokrasi berparlimen Malaysia pada pilihanraya negeri itu Sabtu lalu.

Justeru kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media, dengan penuh kerendahan jiwa dan kesedaran dhamir, parti itu mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan dan terima kasih kepada rakyat negeri Melaka atas sokongan padu yang diberikan.

“Tahniah diucapkan kepada calon-calon BN yang memenangi 21 kerusi dari keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka. Dewan Tertinggi BN juga merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas komitmen memastikan PRN Melaka berjalan dengan aman dan sempurna.

“Dewan Tertinggi BN juga turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Pengarah Pilihanraya BN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan atas kemantapan menggerakkan pasukan dan usaha gigih sebelum dan semasa proses pilihanraya,” katanya.

Ahmad Zahid seterusnya menambah Dewan Tertinggi BN juga mengucapkan terima kasih kepada Penasihat BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, BN Negeri Melaka dan negeri-negeri angkat yang bekerja keras dan bersama dalam satu wadah bagi mengorak kemenangan BN yang bersejarah kali ini.

“Dewan Tertinggi BN turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan barisan hadapan, SPR, dan pasukan beruniform yang berusaha memastikan kelancaran perjalanan proses pilihanraya dalam suasana pandemik COVID-19,” ujarnya.

Ujar beliau lagi, Pilihanraya Negeri Melaka menjadi penanda aras penting untuk proses muhasabah, menginsafi kelemahan, menilai kemampuan dan melakukan perekayasaan BN secara konstruktif.

“BN memberi komitmen untuk meneruskan langkah pembaharuan selaras dengan perkembangan dan perubahan lanskap politik dan pertambahan demografi pengundi.

“Kemenangan ini menambahkan semangat kepada BN untuk memperkukuh langkah ke hadapan demi mewujudkan kestabilan dan kemakmuran yang diimpikan oleh rakyat Malaysia,” tambahnya.

Berkaitan

Lawatan bersama Malaysia dan Thailand ke Myanmar minggu depan

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Terkini

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Aidilfitri: Islam tidak melarang wanita untuk kelihatan cantik tetapi ada batasnya

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara