BERITA Ikan bilis, sardin penuhi pantai

[Video] Ikan bilis, sardin penuhi pantai

SANTIAGO: Ribuan ikan bilis dan sardin ditemui mati tanpa diketahui puncanya di sebuah pantai di Coliumo, Biobio di Chile.

Penemuan ribuan spesies ikan itu mengundang tanda tanya dalam kalangan penduduk tempatan.

Pegawai alam sekitar kini sedang menyiasat punca sebenar fenomena pelik itu lapor media tempatan pada Sabtu.

Difahamkan, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap kualiti air di wilayah berkenaan.

Beberapa foto yang dirakam pada Ahad menunjukkan pantai bertukar menjadi warna perak kerana dipenuhi bangkai ikan.

Kerja pembersihan bangkai ikan juga kini sedang giat dijalankan.


FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami