Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA - pakdin.my

Beberapa menteri tidak hadir di Dewan Rakyat untuk mengundi semalam, sekali gus menyaksikan satu usul berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal diluluskan.

Menteri Kanan, Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa adalah antara anggota Kabinet yang tidak hadir untuk mengundi berdasarkan hansard Parlimen.

Usul yang dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin untuk melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) SOSMA selama lima tahun lagi mulai 31 Julai ini ditolak selepas 86 Ahli Parlimen mengundi menentang dan 85 lagi menyokong. Baki 49 Ahli Parlimen tidak hadir.

Tujuh menteri dan tujuh timbalan menteri antara 49 Ahli Parlimen yang tidak hadir di Dewan Rakyat semalam. Mereka termasuk Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dan Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri, Najib Razak, Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga tidak hadir semalam.

Berikut senarai penuh 49 Ahli Parlimen yang tidak hadir semalam:

Barisan Nasional

  • Hishammuddin Hussein (Sembrong)
  • Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah)
  • Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)
  • Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
  • M Saravanan (Tapah)
  • Annuar Musa (Ketereh)
  • Hasan Arifin (Rompin)
  • Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)
  • Najib Razak (Pekan)
  • Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
  • Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong)
  • Bung Moktar Radin (Kinabatangan)
  • Ahmad Maslan (Pontian)

Perikatan Nasional

  • Muhyiddin Yassin (Pagoh)
  • Azmin Ali (Gombak)
  • Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah)
  • Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu)
  • Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak)
  • Mansor Othman (Nibong Tebal)
  • Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Puteh)
  • Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau)
  • Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang)
  • Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor)
  • Abdul Hadi Awang (Marang)
  • Redzuan Yusof (Alor Gajah)
  • Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas)
  • Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu)

Pakatan Harapan

  • Anwar Ibrahim (Port Dickson)
  • Lim Kit Siang (Iskandar Puteri)
  • Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)
  • Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh)
  • Saifuddin Nasution Ismail (Kulim Bandar Baharu)
  • Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching)
  • Maszlee Malik (Simpang Renggam)
  • Christina Liew Chin Jin (Tawau)
  • Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya)
  • Awang Husaini Sahari (Putatan)
  • Johari Abdul (Sungai Petani)
  • Michael Teo Yu Keng (Miri)

Pejuang

  • Dr Mahathir Mohamad (Langkawi)
  • Shahruddin Salleh (Sri Gading)

Gabungan Parti Sarawak

  • Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong)
  • Tiong King Sing (Bintulu)
  • Rohani Abdul Karim (Batang Lupar)

Warisan

  • Shafie Apdal (Semporna)
  • Ahmad Hassan (Papar)
  • Ma’mun Sulaiman (Kalabakan)

Parti Sarawak Bersatu

  • Masir Kujat (Sri Aman)

Bebas 

  • Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus)
UTAMABERITAAMAzmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium