[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera - pakdin.my

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata seorang gabenor wilayah.

Serangan berlaku waktu tengah hari di Narathiwat yang merupakan salah sebuah wilayah paling selatan di Thailand.

Konflik tahap rendah membelenggu selatan Thai sejak 2004 yang membunuh lebih 7,000 orang selepas kumpulan-kumpulan pemisah melancarkan penentangan di rantau dengan penduduk majoriti beragama Islam itu kerana menuntut lebih banyak kuasa autonomi.

Gabenor Narathiwat, Sanan Pongaksorn berkata, seorang suspek memandu sebuah kereta ke dalam kawasan fasiliti polis sebelum meninggalkan kenderaan itu.

Sebutir bom meletup tidak lama kemudian selepas kereta suspek diparkir, katanya sambil menambah, polis sedang memeriksa rakaman sistem televisyen litar tertutup untuk mengenal pasti suspek dan menyiasat motif serangan.

Instagram will load in the frontend.

Beliau berkata, seorang mangsa terbunuh, manakala 28 yang lain cedera termasuk dua orang dalam keadaan kritikal. – AFP

UTAMADUNIA Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium