Ada perkara tidak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan kertas putih mengenainya pada sidang Parlimen akan datang.
Anwar mengumumkan Menteri Zaliha Mustafa akan membuat pembentangan mengenai perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang “sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”.
Katanya, kerajaan mengambil keputusan untuk membuat pembentangan kertas putih, susulan dapatan KKM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkenaan perkara yang tidak menurut peraturan dan mengenai transaksi.
“Kelulusan yang diberikan tidak mengikut proses yang sewajarnya dan jumlah perolehan diragui, dari segi angka dan kos,” kata Anwar pada sidang media, tanpa huraian lanjut.
“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”.
BACA selanjutnya di https://t.co/6HIBYvbMeQ pic.twitter.com/9hDOHEPPTJ— Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) February 8, 2023
Anwar enggan menamakan sesiapa ketika ditanya pemberita tentang menteri yang bertanggungjawab ketika itu.
“Ini bukan soal mana-mana menteri tertentu. Para menteri yang terlibat perlu menjawab atau jelaskan,” katanya.