Michael Wayne Jones Jr. mengaku membunuh isterinya dengan kayu besbol sebelum mencekik anak tirinya dan melemaskan dua anak kandungnya di Marion County, Florida
Seorang bapa telah dijatuhi hukuman mati kerana memukul isterinya hingga mati dengan kayu besbol sebelum mencekik dua anak tirinya dan melemaskan dua anak perempuan kandungnya.
Ini berlaku lima bulan selepas Michael Wayne Jones Jr. mengaku bersalah atas empat pertuduhan pembunuhan peringkat pertama dalam kematian kanak-kanak dan satu pertuduhan pembunuhan peringkat kedua dalam kematian isteri Casei Jones.
Menurut dokumen mahkamah, pegawai pergi ke rumah keluarga itu pada September 2019 untuk menjalankan pemeriksaan kebajikan ke atas Casei dan anak-anak selepas ibu Casei, Nikki Jones mendapati ada sesuatu yang tidak kena.
Nikki Jones berkata dia tidak mendengar khabar daripada anak perempuannya atau cucu-cucunya selama beberapa minggu dan “bimbang Michael Jones telah melakukan sesuatu kepada mereka.”
Timbalan Sherrif tiba di rumah Florida mereka tetapi mendapati ia kelihatan kosong.
Sebaik sahaja memasuki ke dalam rumah mereka “mengesan bau busuk seperi mayat yang sudah mereput”.
Suspek ditahan selepas dia merempuh keretanya. Apabila polis tiba dia mengaku membunuh isterinya dan memberitahu mereka mayat itu berada di dalam kenderaan yang dipandunya.
Dia kemudian mengaku membunuh kanak-kanak itu dan membawa detektif ke tempat dia menyembunyikan mayat. .
Sheriff Marion County Billy Woods berkata polis menyoal Jones selepas mayat Casei ditemui.
Dia membawa mereka ke tempat mayat empat anak Aiyana,1; Mercalli Jones, 2; Preston,5; dan Cameron Bowers, 10, berhampiran Brantley County di Georgia.
Pada hari Jumaat (28 April 2023) Hakim Mahkamah Litar Daerah Marion Anthony Tatti mengarahkan Jones dihukum mata oleh kerajaan negeri.
Jones dijatuhi hukuman mati bagi setiap pembunuhan empat kanak-kanak itu. Hakim juga menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Jones tanpa kemungkinan parol kerana membunuh Casei.
Selepas pendengaran hukuman, peguam yang mewakili Jones berkata mereka sudah memfailkan kertas kerja kepada mahkamah untuk merayu atas hukuman tersebut.
Para detektif percaya dia membunuh dua anak sulung itu dengan mencekik dan dua anak bongsunya dengan melemaskan mereka,” kata pejabat sheriff pada masa itu.
Polis juga menyatakan bahawa dia meninggalkan mayat di rumah selama beberapa minggu sebelum meletakkannya di dalam vannya. Dia menyimpan mereka di dalam van selama dua minggu sebelum membawa mayat mereka ke Brantley County, Georgia.
BACA juga:
Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain
Bilionair Britain Masih Guna Nokia 6310