Ringgit oh Ringgit.
Tahun 2015 dan 2017 kita juga pernah berdepan dengan isu nilai Ringgit.
Jika kita lihat 2015, pada tahun itu
– Nilai Ringgit jatuh lebih kurang 15-18 peratus
– Nilai Rupiah Indonesia, Baht Thailand, Dolar Singapura, Peso Filipina juga jatuh sekitar 5-10 peratus
Bukan Malaysia sahaja, tetapi serantau dan banyak matawang utama dunia juga terjejas.
Antara sebabnya ekonomi US bertambah kukuh dan kadar faedah US pada ketika itu naik buat kali pertama sejak 2006, daripada keadaan ekonomi dengan kadar hampir sifar ditambah pula percetakan mata wang hampir USD3.7 trilion dahulu.
Dalam kata mudah lain, ya benar.
Ada faktor luar yang menyumbang kepada naik turun nilai Ringgit kita.
Itu di luar kawalan, tetapi ada jalan cara menanganinya.
Ada juga faktor dalaman, dan dalam kawalan kita.
Bagi menangani dan mengelakkan krisis ekonomi,
– satu Jawatankuasa Khas Ekonomi ditubuhkan pada 2015
– kerajaan pada ketika itu membuat pemantauan dan pelaksanaan rapi dengan semua agensi kerajaan termasuk GLC
– kerajaan juga membawa masuk sektor swasta
Apakah antara langkah yang boleh diambil dan pernah diambil?
– Pokok asasnya, kita terlebih dahulu perlu kurangkan aliran keluar matawang (elak jual Ringgit, beli matawang asing)
– antaranya syarikat-syarikat boleh menilai dan menjadual semula bayaran luar negara (kurangkan tekanan terhadap Ringgit)
– syarikat-syarikat juga boleh digalakkan membawa pulang matawang asing kembali ke Malaysia (tingkatkan permintaan Ringgit)
– meningkatkan eksport (percepatkan penjualan dan pembayaran barangan dan perkhidmatan kita)
– menggalakkan perbelanjaan dalam negara dan meningkatkan permintaan barangan tempatan
Lebih penting lagi, gunakan segala hubungan diplomatik dua hala dan persahabatan baik dengan negara luar untuk meningkatkan aktiviti dagangan dan pelaburan dengan kita.
Bukan setakat MoU, bincang-bincang minum kopi.
Tetapi benar-benar pelaburan yang boleh dilihat dan dirasai.
Kesemua ini dibincangkan, diatur dan dilaksanakan.
Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia.
Malaysia was the preferred investment destination in Asia.
Itu dulu lah.
Segala pengurusan krisis dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.
Ketika kerajaan diambil alih pada 2018?
1 USD = RM3.90
Dan ia sedang berada dalam landasan yang bertambah kukuh.
Tetapi satu negara diberitahu NAJIB TURUN, RINGGIT NAIK.
Oh, ya.
Dalam menangani kesemua ini juga, rizab antarabangsa kita? Naik.
RM320.1 bil (USD 87.7 bil) tahun 2009
RM431.37 bil (USD 108.5 bil) tahun 2018
Sekadar perkongsian.
BACA juga