NASIONALNAHAS & BENCANA Dua lemas, seorang selamat dihanyutkan arus deras di Kampung Buntal, Sarawak

[VIDEO] Dua lemas, seorang selamat dihanyutkan arus deras di Kampung Buntal, Sarawak

KUCHING – Malang tidak berbau, tiga lelaki yang sedang mencari rezeki di tepi pantai berakhir tragedi apabila dihanyutkan arus deras di Esplanade Buntal, Kampung Buntal, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, seorang daripada mangsa dapat menyelamatkan diri, namun dua rakannya dilaporkan hilang.

Komander Operasi Pero Guyuh berkata, kedua-dua mangsa yang dikhuatiri lemas berusia 39 dan 25 tahun.

Sekitar jam 3.30 pagi, Pero berkata penduduk kampung menjumpai mangsa dikenali Mohamad Amin Umar  pada jarak 400 meter dari lokasi mangsa hilang.

Manakala, selang 12 minit kemudian pasukan penyelamat bersama penduduk kampung  menjumpai mangsa kedua dikenali Awang Khairul Aziq Awang Chula pada jam 3.42 pagi.

Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami