Malaysia sasar sumbangan RM100 juta untuk Palestin – TPM - pakdin.my

Malaysia menyasarkan untuk memberi sumbangan sebanyak RM100 juta bagi membantu serta mendukung perjuangan rakyat Palestin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi Belanjawan 2024 yang dibentang semalam, Malaysia telah menyatakan komitmen untuk menyalurkan bantuan berjumlah RM10 juta ringgit sebagai permulaan.

“Pertama kalinya, kita telah menghimpunkan, bukan sahaja soal dana yang banyak. Walaupun permulaannya hanya RM1 juta tetapi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) semalam dalam ucapan belanjawannya menyebut sebanyak RM10 juta telah menjadi komitmen oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.

“Malah perdana menteri juga menyebutkan sasaran untuk memberikan bantuan kepada rakyat Palestin sebanyak RM100 juta,” katanya ketika berucap merasmikan Zikir Perdana Sedunia 2023 di Masjid Putra di sini.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia supaya menyokong perjuangan Palestin walaupun berbeza pegangan politik.

“Apa yang telah dizahirkan di Dewan Rakyat baru-baru ini (mengenai sokongan terhadap Palestin) di mana ahli-ahli dewan seluruhnya tidak ada seorang pun yang menyanggah ketetapan yang dibuat kerajaan, yang saya bacakan bagi pihak kerajaan Malaysia,” katanya lagi.

UTAMABERITAAMMalaysia sasar sumbangan RM100 juta untuk Palestin - TPM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium