Phat Kraphao ialah hidangan paling asas yang terdapat di kebanyakan gerai makanan jalanan. Ia kadangkala dipanggil hidangan “malas nak fikir”, untuk orang yang tidak tahu makanan apa yang hendak dipesan dan kini ia telah mengungguli senarai “Stir-Fries Terbaik di Dunia 2023”, yang dikeluarkan oleh TasteAtlas.com.
Satu lagi pilihan, Pad Thai, diletakkan di tempat ke-8 dengan mata 4.4, manakala Phat Kraphao mendapat 4.8. Dak Galbi dari Korea Selatan menduduki tempat kedua dengan 4.7.
Hidangan Thai lain yang berjaya berada di tempat 50 teratas ialah Phat Si-io (4.3), Khua Kling (4.2) dan ayam tumis dengan kacang gajus (3.7).
Nasi goreng kampung dari Malaysia pula berada ditempat ke 48.
Laman web ini memaparkan resipi dan ulasan makanan daripada pengkritik di seluruh dunia. Dikatakan bahawa Phat Kraphao adalah hidangan keempat paling biasa ditempah oleh warga asing di Thailand.
Menurut keterangan TasteAtlas.com Phat Kraphao “tumis tradisional Thai ini menggabungkan daging cincang atau makanan laut dengan daun selasih dan pelbagai bahan lain, seperti bawang merah, bawang putih dan lada. Hidangan ini berperisa dengan kicap, gula dan sos ikan dan biasanya dihidangkan bersama nasi, telur goreng dan sos ikan.” – Seterusnya