MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Piala Malaysia: JDT unggul tewaskan TFC 3-1

Harapan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah terulung bola sepak negara menjadi kenyataan apabila menjulang trofi Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Harimau Selatan selaku juara bertahan membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain seperti Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri mengetuai jentera serangan.

Sementara itu, TFC seperti dijangka mempertaruhkan penyerang import sensasi, Ivan Mamut yang bergandingan dengan Sony Norde dan Habib Haroon.

Namun, skuad Sang Penyu dikejutkan apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT seawal minit keenam selepas Forestieri dijatuhkan.

Kesempatan tersebut digunakan oleh Bergson untuk meledak gol pertama dengan memperdaya penjaga gol TFC, Suhaimi Husin.

Gol tersebut nyata menaikkan semangat TFC untuk memperkemaskan jentera serangan dengan melakukan serangan ke atas kubu skuad kendalian Esteban Solari itu.

Tekanan yang diberi membuahkan hasil selepas giliran TFC dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-21 yang berjaya disempurnakan oleh Ivan Mamut.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan dilihat masih gagal mempamerkan corak permainan sebenar dan lebih berhati-hati kerana keadaan padang SNBJ yang tidak begitu sempurna.

Tuah dilihat lebih memihak kepada JDT apabila pemain gantian, Feroz Baharudin meledak gol kemenangan hasil sepakan penjuru pada minit ke-73 yang diambil oleh Heberty Fernandes.

JDT mengesahkan kemenangan selepas meledak gol ketiga juga menerusi penalti yang disempurnakan Arif Aiman pada masa kecederaan.

TFC berusaha untuk bangkit tetapi gagal menembusi benteng skuad Harimau Selatan dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan JDT meraih gelaran ‘double quadraple’ selepas mempertahankan semua empat trofi musim ini termasuk Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super. – SETERUSNYA

Berkaitan

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

Terkini

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?