PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Khasiat cendawan kubis bunga rawat penyakit berkaitan saraf

Perbanding cendawan tiram, shiitake, enoki dan butang, cendawan kubis bunga atau nama saintifiknya Hericium erinaceus mungkin tidak begitu dikenali di negara ini.

Turut dipanggil  lion’s mane mushroom dan cendawan kepala monyet, spesies fungus ini adalah organisma asal Amerika Utara, Eropah dan rantau Asia yang beriklim sejuk. Tumbuh di batang pokok yang telah mati atau kayu reput, cendawan ini mendapat nama daripada bentuknya yang seakan kubis bunga dengan rerambut halus di bahagian kepala dan berwarna putih.

Jika sebelum ini sukar didapati di pasaran,  teknologi membolehkan cendawan kubis bunga ditanam di negara ini dan semakin ramai yang mula berbuat demikian, khususnya untuk tujuan masakan.

Akan tetapi, penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) mendapati cendawan ini mempunyai pelbagai khasiat yang berpotensi merawat beberapa jenis penyakit, terutama berkaitan sistem saraf.

RASA SEPERTI DAGING

Dalam temu bual dengan Bernama, pakar penyelidik cendawan UM Dr Phan Chia Wei berkata kajian bagi meneroka potensi cendawan itu telah dijalankan sejak 2007.

Pakar penyelidik cendawan UM Dr Phan Chia Wei

“Cendawan ini semakin digemari oleh masyarakat kerana mempunyai tekstur seperti daging dan sering dimasak sebagai sate, rendang, kari dan sup. Malah, cendawan ini digunakan dalam menu vegan sebagai pengganti daging,” katanya.

Phan yang juga pensyarah kanan di Fakulti Farmasi UM, berkata kajian mereka mendapati antara manfaat cendawan tersebut ialah sebagai makanan berfungsi yang boleh mencegah penyakit kehilangan struktur dan fungsi saraf, atau dengan kata lain kemerosotan sistem saraf.

“Cendawan ini bagus untuk sistem saraf manusia kerana boleh merangsang pertumbuhan saraf atau nerve growth factor (NGF) dalam otak manusia.

“NGF merupakan sejenis protein yang penting dalam pertumbuhan, pemeliharaan dan pembaik pulih neuron (sel-sel saraf) dalam sistem saraf manusia. NGF turut memainkan peranan dalam fungsi kognitif seperti pembelajaran dan (daya) ingatan,” katanya, menambah kekurangan NGF berisiko membawa masalah kesihatan saraf dan neuropati (gejala gangguan saraf).

Cendawan Kubis Bunga mempunyai pelbagai khasiat yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit, terutama yang berkaitan sistem saraf.

Mengulas lanjut, Phan berkata beliau dan pasukannya berjaya mengekstrak hericenones, iaitu sebatian kimia yang baik untuk kesihatan otak dan saraf manusia, daripada cendawan itu, sekali gus membuka potensi rawatan penyakit berkaitan sistem saraf seperti demensia (gejala berkaitan daya ingatan dan pemikiran seperti Alzheimer dan nyanyuk) serta strok.

Selain membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, hericenones juga bersifat antiradang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan.

“Keradangan berpanjangan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit kronik termasuk ulser perut.

“Beberapa penyelidikan praklinikal (ke atas sel dan haiwan) turut menunjukkan cendawan kubis bunga mengandungi sebatian yang mempunyai aktiviti antitumor dan antikanser.

“Namun, perlu diingatkan bahawa kajian ini masih di peringkat awal dan lebih banyak penyelidikan pada manusia diperlukan untuk mengesahkan kesan ini,” katanya.

MAKANAN TAMBAHAN

Phan berkata ekstrak cendawan itu juga boleh dijadikan sebagai makanan tambahan bagi menyokong diet sihat dan sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif.

“Secara umumnya, cendawan ini dianggap selamat untuk digunakan dalam makanan dan sebagai suplemen. Namun, seperti herba, beberapa individu mungkin mempunyai kesan tindak balas yang berbeza terhadap cendawan jenis ini, bergantung pada pelbagai faktor termasuk dos dan keadaan kesihatan mereka.

Cendawan Kubis Bunga digunakan dalam menu vegan sebagai pengganti daging.

“Sebagai contoh, pengambilan ekstrak cendawan ini boleh mempengaruhi penyerapan ubat-ubatan dalam badan. Jika individu itu ada mengambil ubat-ubatan tertentu, adalah penting untuk dia berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang risiko interaksi ubat yang mereka ambil sebelum mengamalkan suplemen daripada ekstrak cendawan ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang bercadang mengamalkan pengambilan ekstrak cendawan kubis bunga sebagai makanan tambahan agar mendapatkan produk berkualiti daripada sumber yang dipercayai.

Tentang kajian yang dilakukan oleh beliau dan pasukannya, Phan yang berterima kasih kepada kerajaan atas geran yang diberikan, berkata UM akan bekerjasama dengan penyelidik kesihatan, pakar perubatan dan saintis pemakanan bagi menjalankan ujian klinikal terhadap potensi fungus berkenaan.

Berkenaan penanaman cendawan itu pula, beliau berkata mereka yang berhasrat mengusahakan tanaman tersebut perlu mempelajari teknik yang betul agar cendawan yang dihasilkan berkualiti tinggi.

“Kita akan memperkukuhkan pendidikan dan kesedaran berhubung potensi dan manfaat Hericium erinaceus dalam kalangan petani, penyelidik serta pengguna sebagai usaha memperluaskan lagi penggunaannya,” kata beliau.

Menurut Phan, setakat ini ada pihak yang mengusahakan tanaman cendawan itu secara meluas menggunakan kaedah bongkah.

“Keenakan rasanya membuatkan permintaan terhadap cendawan ini semakin meningkat.

“Untuk pembiakan Hericium erinaceus secara komersial, boleh digunakan teknik ‘solid-state fermentation’ (melibatkan substrat pepejal dan mempunyai tahap kelembapan sangat rendah) dan menggunakan substrat seperti serbuk kayu getah atau jerami yang dicampur dengan biji benih cendawan.

“Kemudian masukkan campuran ini ke dalam bekas yang sesuai seperti beg plastik tahan panas bertujuan menjaga kelembapan dan pastikan suhu yang sesuai. Pertumbuhan cendawan ini bergantung pada semua faktor ini dan boleh mengambil masa berminggu atau berbulan,” ujarnya, menambah cendawan itu memerlukan suhu antara 18 dan 24 darjah Celsius. SETERUSNYA

Terkini

Kemusnahan Los Angeles lebih dahsyat bom nuklear – Trump

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih – MOF

Dua anggota polis terbunuh dalam serangan bom di Narathiwat

Sunway Property umum Pengarah Urusan baharu

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Video thumbnail
Kebakaran hutan Los Angeles
01:00
Video thumbnail
126 maut, 188 cedera dalam gempa bumi M6 8 di Xizang (Tibet)
01:00
Video thumbnail
Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah
01:00
Video thumbnail
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi proses rayuan penolakan Titah Adendum
01:00
Video thumbnail
Wabak HMPV di China: Gejala, penularan dan apa yang perlu anda tahu
01:00
Video thumbnail
Percikan bunga api menakjubkan di bangunan Taipei 101 semasa sambutan Tahun Baru
01:00
Video thumbnail
Pertandingan Marhabban anjuran Penyelaras DUN Hulu Bernam, Datuk Mohd Isa Abu Kasim.
00:47
Video thumbnail
Sungai Golok 'Mengepung', penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta
01:00
Video thumbnail
Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami
01:00
Video thumbnail
Taliban isytiharkan perang ke atas Pakistan
01:00
Video thumbnail
Sekurang kurangnya 28 maut, pesawat penumpang Boeing 737 800, Jeju Air 7C2216 melanggar tembok dan t
01:00
Video thumbnail
Tengah berzikir atau ritual memuja di tanah perkuburan
01:00
Video thumbnail
Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO
01:48
Video thumbnail
Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
01:00
Video thumbnail
Taufan Chido melanda Mayotte, paling dahsyat dalam 100 tahun
01:00
Video thumbnail
Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
Kapten Penerbangan MAS tunjuk ‘skill’ mendarat secara teknik 'crabbing' dapat perhatian dunia
01:00
Video thumbnail
Banjir: 14 wilayah selatan Di Thailand dalam keadaan berjaga jaga
01:00
Video thumbnail
Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari #Pattani #Yala
01:00
Video thumbnail
Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA
01:54
Video thumbnail
Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC
01:00
Video thumbnail
SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia
01:00
Video thumbnail
Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga
01:00
Video thumbnail
PGA Pasang Papan Tanda Amaran Tidak Guna Laluan Pangkalan Haram Untuk Ke Golok
01:00
Video thumbnail
CADANGAN MANSUHKAN SUBSIDI MINYAK MASAK PAKET DIBINCANGKAN
01:00
Video thumbnail
Tragedi kepala air: 'Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai'
01:00
Video thumbnail
Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar
05:14
Video thumbnail
Apa masalah Takiyuddin nak faham ni erk?
01:00
Video thumbnail
Kelebihan solat berjemaah di saf yang pertama
00:31
Video thumbnail
Serangan bom berani mati di stesen kereta api di Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang
01:00
Video thumbnail
Nur Nilam sari
00:34
Video thumbnail
Gunung Lewotobi Laki Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut
01:00
Video thumbnail
Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri
01:00
Video thumbnail
Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji
01:00
Video thumbnail
Mari belajar tatanegara..
00:37
Video thumbnail
Tembak bekas kekasih bersama kekasih baru kerana cemburu
01:00
Video thumbnail
Penyanyi wanita Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat
01:00
Video thumbnail
حَيَّ عَلَىٰ ٱلصَّلَاةِ
00:55
Video thumbnail
RUGI TAK BANGUN SOLAT SUBUH BERJEMAAH
01:00
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Tag

Berkaitan

11 istilah merujuk kepada babi

Kematian pertama dilaporkan di AS yang dikaitkan dengan selesema burung

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

Khasiat cendawan kubis bunga rawat penyakit berkaitan saraf

Perbanding cendawan tiram, shiitake, enoki dan butang, cendawan kubis bunga atau nama saintifiknya Hericium erinaceus mungkin tidak begitu dikenali di negara ini.

Turut dipanggil  lion’s mane mushroom dan cendawan kepala monyet, spesies fungus ini adalah organisma asal Amerika Utara, Eropah dan rantau Asia yang beriklim sejuk. Tumbuh di batang pokok yang telah mati atau kayu reput, cendawan ini mendapat nama daripada bentuknya yang seakan kubis bunga dengan rerambut halus di bahagian kepala dan berwarna putih.

Jika sebelum ini sukar didapati di pasaran,  teknologi membolehkan cendawan kubis bunga ditanam di negara ini dan semakin ramai yang mula berbuat demikian, khususnya untuk tujuan masakan.

Akan tetapi, penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) mendapati cendawan ini mempunyai pelbagai khasiat yang berpotensi merawat beberapa jenis penyakit, terutama berkaitan sistem saraf.

RASA SEPERTI DAGING

Dalam temu bual dengan Bernama, pakar penyelidik cendawan UM Dr Phan Chia Wei berkata kajian bagi meneroka potensi cendawan itu telah dijalankan sejak 2007.

Pakar penyelidik cendawan UM Dr Phan Chia Wei

“Cendawan ini semakin digemari oleh masyarakat kerana mempunyai tekstur seperti daging dan sering dimasak sebagai sate, rendang, kari dan sup. Malah, cendawan ini digunakan dalam menu vegan sebagai pengganti daging,” katanya.

Phan yang juga pensyarah kanan di Fakulti Farmasi UM, berkata kajian mereka mendapati antara manfaat cendawan tersebut ialah sebagai makanan berfungsi yang boleh mencegah penyakit kehilangan struktur dan fungsi saraf, atau dengan kata lain kemerosotan sistem saraf.

“Cendawan ini bagus untuk sistem saraf manusia kerana boleh merangsang pertumbuhan saraf atau nerve growth factor (NGF) dalam otak manusia.

“NGF merupakan sejenis protein yang penting dalam pertumbuhan, pemeliharaan dan pembaik pulih neuron (sel-sel saraf) dalam sistem saraf manusia. NGF turut memainkan peranan dalam fungsi kognitif seperti pembelajaran dan (daya) ingatan,” katanya, menambah kekurangan NGF berisiko membawa masalah kesihatan saraf dan neuropati (gejala gangguan saraf).

Cendawan Kubis Bunga mempunyai pelbagai khasiat yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit, terutama yang berkaitan sistem saraf.

Mengulas lanjut, Phan berkata beliau dan pasukannya berjaya mengekstrak hericenones, iaitu sebatian kimia yang baik untuk kesihatan otak dan saraf manusia, daripada cendawan itu, sekali gus membuka potensi rawatan penyakit berkaitan sistem saraf seperti demensia (gejala berkaitan daya ingatan dan pemikiran seperti Alzheimer dan nyanyuk) serta strok.

Selain membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, hericenones juga bersifat antiradang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan.

“Keradangan berpanjangan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit kronik termasuk ulser perut.

“Beberapa penyelidikan praklinikal (ke atas sel dan haiwan) turut menunjukkan cendawan kubis bunga mengandungi sebatian yang mempunyai aktiviti antitumor dan antikanser.

“Namun, perlu diingatkan bahawa kajian ini masih di peringkat awal dan lebih banyak penyelidikan pada manusia diperlukan untuk mengesahkan kesan ini,” katanya.

MAKANAN TAMBAHAN

Phan berkata ekstrak cendawan itu juga boleh dijadikan sebagai makanan tambahan bagi menyokong diet sihat dan sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif.

“Secara umumnya, cendawan ini dianggap selamat untuk digunakan dalam makanan dan sebagai suplemen. Namun, seperti herba, beberapa individu mungkin mempunyai kesan tindak balas yang berbeza terhadap cendawan jenis ini, bergantung pada pelbagai faktor termasuk dos dan keadaan kesihatan mereka.

Cendawan Kubis Bunga digunakan dalam menu vegan sebagai pengganti daging.

“Sebagai contoh, pengambilan ekstrak cendawan ini boleh mempengaruhi penyerapan ubat-ubatan dalam badan. Jika individu itu ada mengambil ubat-ubatan tertentu, adalah penting untuk dia berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang risiko interaksi ubat yang mereka ambil sebelum mengamalkan suplemen daripada ekstrak cendawan ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang bercadang mengamalkan pengambilan ekstrak cendawan kubis bunga sebagai makanan tambahan agar mendapatkan produk berkualiti daripada sumber yang dipercayai.

Tentang kajian yang dilakukan oleh beliau dan pasukannya, Phan yang berterima kasih kepada kerajaan atas geran yang diberikan, berkata UM akan bekerjasama dengan penyelidik kesihatan, pakar perubatan dan saintis pemakanan bagi menjalankan ujian klinikal terhadap potensi fungus berkenaan.

Berkenaan penanaman cendawan itu pula, beliau berkata mereka yang berhasrat mengusahakan tanaman tersebut perlu mempelajari teknik yang betul agar cendawan yang dihasilkan berkualiti tinggi.

“Kita akan memperkukuhkan pendidikan dan kesedaran berhubung potensi dan manfaat Hericium erinaceus dalam kalangan petani, penyelidik serta pengguna sebagai usaha memperluaskan lagi penggunaannya,” kata beliau.

Menurut Phan, setakat ini ada pihak yang mengusahakan tanaman cendawan itu secara meluas menggunakan kaedah bongkah.

“Keenakan rasanya membuatkan permintaan terhadap cendawan ini semakin meningkat.

“Untuk pembiakan Hericium erinaceus secara komersial, boleh digunakan teknik ‘solid-state fermentation’ (melibatkan substrat pepejal dan mempunyai tahap kelembapan sangat rendah) dan menggunakan substrat seperti serbuk kayu getah atau jerami yang dicampur dengan biji benih cendawan.

“Kemudian masukkan campuran ini ke dalam bekas yang sesuai seperti beg plastik tahan panas bertujuan menjaga kelembapan dan pastikan suhu yang sesuai. Pertumbuhan cendawan ini bergantung pada semua faktor ini dan boleh mengambil masa berminggu atau berbulan,” ujarnya, menambah cendawan itu memerlukan suhu antara 18 dan 24 darjah Celsius. SETERUSNYA

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

11 istilah merujuk kepada babi

Kematian pertama dilaporkan di AS yang dikaitkan dengan selesema burung

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

Kemusnahan Los Angeles lebih dahsyat bom nuklear – Trump

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih – MOF

Dua anggota polis terbunuh dalam serangan bom di Narathiwat

Sunway Property umum Pengarah Urusan baharu

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan