NASIONALNAHAS & BENCANASeorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS

Seorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS

BAGAN SERAI: Seorang rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, hari ini 9/12/2023.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 8.24 pagi.

Menurutnya, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai yang tiba di lokasi kira-kira jam 8.42 pagi mendapati sebuah van terbakar keseluruhan selepas berlaku kemalangan jalan raya.

“Terdapat tiga orang mangsa, seorang rentung manakala dua lagi cedera dan telah dihantar ke Hospital Taiping oleh ambulan KKM,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun, ujarnya, setakat ini maklumat mangsa tidak dapat dipastikan.

Menurutnya, mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi turut dibantu anggota dari BBP Kamunting.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan tersebut. – SETERUSNYA

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami