MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

Polis melancarkan operasi khas dengan menapis setiap individu yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan seksual bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tapisan besar-besaran juga akan dibuat melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah terutama mereka yang terlibat dalam kesalahan seksual.

“Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan setakat ini kesan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) dipercayai milik suspek kes berkenaan telah dihantar ke jabatan kimia bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

Bagaimanapun, beliau mengakui kerumitan yang perlu dihadapi pihaknya bagi merungkai perkara sebenar yang berlaku dalam usaha membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Mengambil kira kes ini bukan straightforward (mudah), jadi pihak polis ketika ini mempu­nyai keterangan yang agak terhad untuk kita melakukan sebarang tangkapan dalam masa yang terdekat inii.

“Jadi ada dua fasa siasatan, pertama berkaitan penca­rian dan mengumpul keterangan fizikal di tempat kejadian dan sekitar kawasan kejadian.

“Kedua melibatkan siasatan dari rumah ke rumah di mana kawasan ini ada lebih kurang 18 blok melibatkan 2,400 buah rumah,” katanya.

Hussein berkata, keputusan ujian cap jari dan DNA dijangka diperoleh dalam tempoh dua atau tiga hari lagi dan ia diharap dapat membantu bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Kita sudah menghantar beberapa barang kes yang diperoleh semasa bedah siasat kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk mendapatkan maklumat forensik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid pula memaklumkan, setakat petang semalam, tiga daripada 18 blok perumahan di Apartmen Idaman di sini telah diperiksa bagi mengumpulkan segala maklumat berkaitan kematian Zayn Rayyan.

Katanya, ia melibatkan sebanyak 540 unit daripada 18 blok yang me­nempatkan 2,484 unit rumah.

“Siasatan juga masih dijalankan dengan memeriksa saliran air berdekatan Apartmen Idaman di sini yang menjadi lokasi penemuan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Dalam pada itu, siasatan polis kini turut dibantu dua anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) iaitu Jimmy dan Ruby bagi melakukan penjejakan se­mula terutama di sepanjang kawasan saliran air semalam.

Kedua-dua anjing pengesan itu dilihat berada di lokasi kejadian mayat Zayn Rayyan ditemui selain beberapa pegawai dan anggota forensik dari Bukit Aman.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kisah pembunuhan tragis Zayn Rayyan pada Khamis lalu yang mayatnya ditemui di kawasan anak sungai selepas beberapa jam dilaporkan hilang.

Hasil bedah siasatan kemudian membongkar punca kematian kanak-kanak malang itu adalah disebabkan dibunuh dengan beberapa kesan jerut di leher.

Kejadian itu turut menyebabkan penghuni kediaman Apartmen Idaman kini hidup dalam ketakutan berikutan belum ada suspek yang ditahan berhubung kejadian itu. – SETERUSNYA

Berkaitan

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Terkini

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani