Sunday, December 22, 2024

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Difahamkan, lakonan semula dijalankan berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan mangsa masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu.

“Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R.

“Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,”ujarnya ketika dihubungi.

Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman juga selesai melakukan ‘lakonan semula’ (reconstruct) berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan, di sekitar Apartmen Idaman, di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati, lakonan semula yang bermula sejak pagi tadi selesai jam 3.30 petang, bagi membantu kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Ia bagi mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemui.

Terdahulu, polis berjaya mengesan dua lagi saksi kanak-kanak menerusi penyaringan beramai-ramai (mass screening) yang dijalankan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan dan akan ada lagi keterangan yang diambil sekiranya perlu.

“Setakat ini kita sudah memperoleh 238 sampel DNA dengan tambahan 10 sampel,” katanya dipetik.

Berkaitan

JENAYAH / MAHKAMAH

Imigresen Sabah hantar pulang 180 pendatang Filipina ke negara asal

JENAYAH / MAHKAMAH

Guan Eng mohon keluarkan notis bankrap terhadap Muhyiddin

JENAYAH / MAHKAMAH

AGC tolak representasi ibu bapa Zayn Rayyan semak semula pertuduhan abai anak

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…