MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] Tengku Mahkota Pahang murka kenyataan hasutan dibuat Muhyiddin, gesa polis siasat

Tengku Hassanal menasihatkan kepada semua ahli politik supaya sentiasa berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara dan sentiasa menyatupadukan rakyat agar Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa dapat menjadi negara maju dan rakyatnya bahagia.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.

Tengku Hassanal juga turut menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Tengku Hassanal bertitah sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan Muhyiddin itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Kenyataan Muhyiddin itu juga titah Tengku Hassanal, kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima hakikat bahawa beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kenyataan yang dikeluarkan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat,” titahnya dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Watch on TikTok

Berdasarkan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Ketua Negara.

Sementara Perkara 43(2) pula menetapkan Perdana Menteri haruslah dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan berkenaan.

Sungguhpun begitu, Tengku Hassanal bertitah Al-Sultan Abdullah tidaklah sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri walaupun Perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada baginda.

“Baginda semasa itu telah memanggil pakar Perlembagaan, penjawat awam utama negara dan yang terakhir turut secara musyawarah mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja dan akhirnya barulah pelantikan Perdana Menteri semasa itu dibuat.

“Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Disember 2022,” titah Tengku Hassanal dalam kenyataan itu yang turut dimuat naik dalam Instagram story baginda @this.7.

Sehubungan dengan itu, Tengku Hassanal bertitah keputusan undi percaya berkenaan adalah jelas dan selari dengan pertimbangan Al-Sultan Abdullah semasa baginda memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.

Justeru, Tengku Hassanal menasihatkan kepada semua ahli politik supaya sentiasa berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara dan sentiasa menyatupadukan rakyat agar Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa dapat menjadi negara maju dan rakyatnya bahagia.

Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang, Amir Syaffiq Hamzah berhubung perkara itu pada 10 malam tadi.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

BACA juga:

Berkaitan

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Terkini

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani