MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] Masyarakat perlu terjemah seluasnya pemikiran Allahyarham Siddiq Fadzil – Ahmad Zahid

Allahyarham Siddiq yang juga Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi 2018 meninggal dunia pada 31 Ogos 2021 akibat jangkitan paru-paru.

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengambil falsafah idea bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Datuk Dr Siddiq Fadzil dalam cara beliau bekerja, sama ada bagi tugasan rasmi atau tidak rasmi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata banyak fikrah Allahyarham Siddiq digunakan dalam gerak kerja beliau sepanjang berada di tampuk kepimpinan dalam kerajaan selama ini.

“Antaranya menerusi langkah ‘ulul albab’ kesemua 57 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam negara tanpa berkompromi dari segi nilai akademik dan profesionalisme, serta Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara, yang diubah suai menjadi Tabika Pra Tahfiz.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil Peringkat Kebangsan 2024 di MRSM Bagan Datuk di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hazami Jahari, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Datuk Ahmad Azam Ab Rahman serta Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty.

Ahmad Zahid berkata masyarakat harus menterjemah dengan seluasnya pemikiran Allahyarham supaya dapat memahami fikrah beliau terutama dalam soal wasatiyah atau kesederhanaan yang diperjuangkan olehnya sejak tahun 1970-an lagi.

Sementara itu DBP dalam kenyataan memaklumkan seminar hari ini dianjurkan dengan objektif antaranya bagi menghargai jasa dan sumbangan tokoh dalam dunia persuratan Melayu dan tanah air itu, selain mengupas riwayat hidup serta kecemerlangan tokoh berkenaan.

Seminar dengan tema “Membina Kesatuan Bangsa: Kerukunan Hidup Bersama Dalam Budaya Damai Menerusi Gagasan Malaysia MADANI” itu dianjurkan oleh DBP bersama WADAH, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Universiti Selangor (UNISEL), MRSM Bagan Datuk dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

BACA juga:

Berkaitan

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Terkini

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani