Saturday, December 21, 2024

Pemandu,kelindan maut lori kargo rempuh treler

“Kemalangan melibatkan lori kargo yang merempuh bahagian belakang treler diparkir di bahu jalan

MIRI — Seorang pemandu dan kelindan maut di tempat kejadian apabila lori kargo yang mereka naiki merempuh treler yang diparkir di bahu Jalan Pan Borneo-Miri berhampiran Ladang Tiga, Suai, kira-kira 80 kilometer awal pagi 20 Disember 2024.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pemandu dikenali sebagai Bonaventure Jimmat, 31, manakala kelindan Keeshen Marks Donald Bujang Nasil, 26, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi.

Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada 2.37 pagi sebelum pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dengan kekuatan lima anggota dan jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya 28 kilometer.

“Kemalangan melibatkan lori kargo yang merempuh bahagian belakang treler diparkir di bahu jalan mengakibatkan dua mangsa lelaki tersepit pada bahagian hadapan lori kargo tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Berkaitan

NAHAS & BENCANA

Remaja lelaki maut, dua rakan cedera parah kereta langgar pembahagi jalan

NAHAS & BENCANA

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

JENAYAH / MAHKAMAH

[VIDEO] SPRM Tahan Lima Individu, Sita 1.6 Juta Liter Diesel Dan...

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…