MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Imigresen Sabah hantar pulang 180 pendatang Filipina ke negara asal

IM Sabah merekodkan penghantaran pulang 5,993 warga Filipina ke negara asal melalui pengangkutan laut.

LAHAD DATU — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 180 pendatang tanpa izin warga Filipina ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini 20 Disember 2024.

Pengarahnya Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata proses itu melibatkan tahanan di Depot Imigresen Sandakan serta Tawau terdiri 64 lelaki dewasa, 67 wanita serta 23 kanak-kanak lelaki dan 26 kanak-kanak perempuan yang berumur antara 7 bulan hingga 67 tahun.

“Program pemindahan tahanan mengikut kategori usir melalui laut bagi tahun 2024 itu adalah dengan kos pembiayaan sendiri, tahanan terbabit melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta tahanan telah menjalani hukuman penjara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sejak awal tahun hingga hari ini, JIM Sabah merekodkan penghantaran pulang 5,993 warga Filipina ke negara asal melalui pengangkutan laut .

“Kesemua tahanan ini akan disenarai hitam dalam sistem JIM mengikut jenis kesalahan yang telah dilakukan,” katanya.

Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan dan pemilik premis menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan serta pas sah di samping individu yang melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit.

Berkaitan

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Kronologi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

Terkini

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani

[VIDEO] Seorang maut, Ratha kuil Bengaluru tumbang

Letupan bom dalam kenderaan renjer tentera di Ban Bangoyuering, Pattani

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027