MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 – Ahmad Zahid

“Permasalahan timbul dalam PRU14 dan PRU15 ialah ramai pemain sepatutnya ada semangat sepasukan tetapi tendang bola dalam gol sendiri, akhirnya kecundang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan jaminan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponen, akan terus memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga berpeluang untuk terus mengekalkan kemenangan pada PRU16 itu, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyatuni rakyat terus diberikan keutamaan.

“Saya ingin respons apa dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, pertanyaan wartawan kepadanya ketika itu, adakah Kerajaan Perpaduan boleh survive jika pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat, beliau yakin boleh survive.

“Dalam keadaan itu saya ingin menyatakan bahawa kerjasama UMNO dan BN dengan Kerajaan Perpaduan (akan berterusan) sehingga PRU16,” katanya selepas majlis Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menyatakan keyakinan Kerajaan Perpaduan mempunyai kelebihan untuk menang jika PRU diadakan dalam tempoh terdekat.

Ahmad Zahid pada masa yang sama turut menegaskan ketaatan dan kesetiaan adalah perkara keutamaan dalam kepimpinan parti.

Selain itu, beliau turut memuji barisan menteri BN yang menunjukkan prestasi cemerlang termasuk Menteri Luar Mohamad, yang menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Dalam ucapannya sebelum itu, Ahmad Zahid turut menggesa pemimpin BN supaya memperkukuh struktur dalaman parti, mendekati rakyat dan memahami aspirasi generasi muda, pemerkasaan teknologi dan media sosial, dan menggerakkan jentera secara menyeluruh bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Hakikatnya kita mesti berperanan di posisi masing-masing sebagai pemain dalam pasukan bola agar kemenangan memihak kepada kita, pasukan BN jangan tendang bola ke dalam gol sendiri,” katanya.

Berkaitan

Lawatan bersama Malaysia dan Thailand ke Myanmar minggu depan

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Terkini

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Aidilfitri: Islam tidak melarang wanita untuk kelihatan cantik tetapi ada batasnya

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara