MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

KRI Gesa Takrifkan Semula B40, M40, T20 Untuk Tangani Isu Kerentanan Ekonomi

KRI menggesa kerajaan supaya mengutamakan kumpulan B20 dengan dasar-dasar yang memastikan akses kepada perumahan mampu milik, makanan, penjagaan kesihatan, dan keperluan asas lain, yang penting untuk melindungi kesejahteraan mereka.

Pengelasan semasa kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40), 40 peratus pertengahan (M40), dan 20 peratus tertinggi (T20) tidak mencerminkan realiti stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia, menurut kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

Kajian itu mendapati sebaliknya, hanya kumpulan berpendapatan 30 peratus tertinggi (T30) yang menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.

Kumpulan pendapatan 50 peratus pertengahan (M50) — kumpulan di antara B20 dan T30 — masih rentan secara ekonomi, dan menghadapi masalah penyeimbangan antara memenuhi keperluan asas dan membeli produk yang lebih beraspirasi, jelas kajian itu.

“Penemuan ini menimbulkan persoalan penting mengenai ketepatan klasifikasi isi rumah B40, M40, dan T20 semasa yang digunakan oleh kerajaan Malaysia,” menurut KRI dalam kenyataan pada Selasa mengenai kertas kerja terkininya bertajuk “Searching for the ‘Poor’ and ‘Middle Class’ in Malaysia” yang diterbitkan pada 30 Dis, 2024.

KRI menjelaskan selama hampir 15 tahun, daripada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) hingga Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), Malaysia telah menggunakan klasifikasi itu sebagai asas dasar ekonomi.

“Kebanyakan dasar menyamakan B40 dengan isi rumah miskin dan M40 dengan kelas pertengahan atau isi rumah ‘bercita-cita tinggi/kelas aspirasi’.

“Kertas kerja ini mendapati klasifikasi tersebut mungkin tidak lagi mencerminkan realiti kerana kumpulan isi rumah dalam kategori ini tidak memiliki corak perbelanjaan yang seragam,” tambahnya.

Menurut KRI, corak perbelanjaan golongan antara B20 dan T30, yang boleh disebut sebagai M50, kelihatan agak seiras, dengan isi rumah dalam kumpulan ini masih menghadapi kompromi antara memenuhi keperluan asas dan membeli produk yang lebih beraspirasi.

“Walaupun sesetengah isi rumah mampu menikmati sedikit perbelanjaan tambahan, seperti makan di luar atau menghantar anak ke kelas tambahan, mereka masih mengalami kompromi dalam kesejahteraan dan taraf hidup.

“Golongan M50 ini bukanlah kelas pertengahan sebenar dan masih terdedah kepada risiko ekonomi,” jelas KRI.

Menurut KRI oleh itu, lebih tepat untuk menyatakan hanya 30 peratus teratas daripada jumlah isi rumah tergolong dalam kelas pertengahan atau kelas aspirasi.

Dalam ringkasan kertas kerja itu, KRI juga menekankan kumpulan M50 kekal terdedah, dengan kapasiti terhad untuk membeli produk yang lebih beraspirasi.

Corak perbelanjaan mereka mencerminkan kerentanan yang berterusan dan akses terhad kepada barangan dan perkhidmatan aspirasi, jelasnya.

KRI menggesa supaya pengelasan kumpulan pendapatan ditakrifkan semula untuk dasar yang bersasar, dengan pembuat dasar beralih daripada menggunakan kategori yang sudah lapuk kepada langkah mengguna pakai rangka kerja perbelanjaan bersepadu.

Institut penyelidikan itu yakin pendekatan tersebut akan memastikan sumber cisalurkan kepada kumpulan yang paling memerlukan.

“Intervensi seperti subsidi bersasar untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan, serta dengan inisiatif penciptaan pekerjaan, adalah penting untuk meningkatkan kestabilan ekonomi kumpulan M50, membolehkan mereka beralih kepada perbelanjaan beraspirasi dan memupuk mobiliti meningkat,” tambah KRI.

# Tag

Berkaitan

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah