MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Bekas guru besar didakwa 15 pertuduhan subahat menipu

Berdasarkan 12 pertuduhan, tertuduh bersubahat bersama pembantu tadbir kanan dan ejen sebuah syarikat menipu dengan mengemukakan dokumen palsu hingga menyebabkan sebuah sekolah di Marang menyerahkan 12 keping cek dengan nilaian keseluruhan mencecah setengah juta ringgit.

KUALA TERENGGANU: Bekas guru besar sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini, atas 15 pertuduhan bersubahat menipu dan mengemukakan dokumen palsu.

Tertuduh Zalina Bidin, 47, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Oktober 2022 hingga 20 Februari 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 420 akta yang sama.

Sementara itu, tertuduh turut berdepan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 28(1) (C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (694) dan dibaca bersama Seksyen 18 akta sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat secara berpakat jenayah dengan mengemukakan borang pengesahan bilangan pekerja dan rekod kehadiran pekerja kebersihan yang mengandungi butiran mantan palsu bagi menuntut pembayaran gaji pekerja kebersihan sedangkan pekerja terbabit tidak pernah hadir bekerja.

Wanita berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu antara Julai hingga September 2022 di sekolah yang sama.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 17 Februari depan untuk serahan dokumen.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan kepada tertuduh iaitu dilarang mengganggu saksi pendakwaan, menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah dan diarah melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Feisal Mohd Azmi dan Maziah Mohaide manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hazwan Hamidun.

Berkaitan

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Kronologi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Terkini

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

China haramkan 19 lot produk Thailand – Susu pekat manis gagal patuh standard keselamatan

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00