MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Premier Sarawak itu berkata setiap barisan parti termasuk sayap Wanita dan Pemudanya perlu berpandangan jauh supaya parti terus berjuang untuk masa depan rakyat.

SIBU — Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin tiada sebarang masalah akan timbul yang boleh menggugat keutuhan parti ketika peralihan kuasa suatu hari nanti.

Beliau berkata peralihan kepimpinan dari Tun Abdul Taib Mahmud kepada Tun Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.

“Pada usia yang mencecah 74 tahun, akan sampai masanya tempat saya digantikan orang lain.

“Apakah selepas saya akan ada masalah?” katanya ketika berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah di Stadium Tertutup Sibu hari ini.

Persoalan beliau itu disambut dengan jawapan ‘Tidak’ oleh lebih 2,700 perwakilan yang hadir ke persidangan tersebut.

“Dalam melihat kejayaan kita, kita lihat jugalah masa depan. Oleh sebab itu kita telah bersetuju untuk mewujudkan Belia PBB yang mewarisi kejayaan dan menguruskan usaha kita dalam landskap yang baharu,” katanya.

Abang Johari juga berharap dapat melahirkan generasi bumiputera yang pandai dan mempunyai kepakaran dalam bidang sains serta disiplin yang baharu.

Persidangan tersebut yang melibatkan 24 cawangan PBB dari Zon Tengah Sarawak menyaksikan sebanyak 15 usul dicapai.

Usul berkenaan antara lain termasuk memberi sokongan padu kepada Abang Johari untuk terus menerajui PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memacu kestabilan politik Sarawak dan Malaysia dan tiada pertandingan bagi jawatan presiden hingga naib presiden parti semasa Konvensyen ke-16 PBB di Kuching 14 Feb depan.

Berkaitan

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani

[VIDEO] Seorang maut, Ratha kuil Bengaluru tumbang

Terkini

Letupan bom dalam kenderaan renjer tentera di Ban Bangoyuering, Pattani

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027