MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Enam termasuk seorang bayi lelaki maut apabila kereta (Proton Wira) dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan pacuan empat roda, dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Tawau.

SEMPORNA — Jenazah lima sekeluarga daripada enam yang maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di KM37 Jalan Semporna-Tawau di sini semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Balai Polis di sini, malam ini.

Pengebumian jenazah Asbira Ladjahani, 82, Jaimah Jailani, 30, Mohamad Nabil Kanol, 14, Nur Inara Aida Nur Hakim, 4, dan Nur Aiman Nur Hakim, 6 bulan, selesai pada kira-kira 10.30 malam.

Jenazah seorang lagi mangsa lelaki dikenali sebagai Oyong,18, yang juga rakan kepada keluarga itu dikebumikan dalam satu lagi liang lahad di tanah perkuburan sama.

Suasana pilu berserta hujan renyai mengiringi lebih 100 ahli keluarga serta kenalan yang hadir untuk penghormatan terakhir dan membantu mengurus pengebumian tersebut.

Terdahulu, keenam-enam jenazah dimandikan dan dikafankan selepas selesai bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Tawau.

Sementara itu, Kanol Asan, 43, bapa kepada Allahyarham Mohamad Nabil, berkata kemalangan tersebut berlaku ketika kereta yang dinaiki anaknya bersama enam ahli keluarga lain sedang dalam perjalanan ke Semporna selepas pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan keluarga di Batu 4 Jalan Apas, Tawau.

Dia berkata pemandu kereta dinaiki enam mangsa itu yang juga adik iparnya, Nur Hakim Mansur, 34, kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau.

Semalam, dilaporkan enam termasuk seorang bayi lelaki maut apabila kereta (Proton Wira) dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan pacuan empat roda, dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol hari ini dilaporkan berkata kemalangan itu berpunca kereta dinaiki mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan pacuan empat roda dan MPV berkenaan.

Berkaitan

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Kronologi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

Terkini

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani

[VIDEO] Seorang maut, Ratha kuil Bengaluru tumbang

Letupan bom dalam kenderaan renjer tentera di Ban Bangoyuering, Pattani

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

China haramkan 19 lot produk Thailand – Susu pekat manis gagal patuh standard keselamatan