MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

KUCHING — Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana dipercayai memandu kereta tanpa lesen dan mengakibatkan kemalangan yang meragut lima nyawa di Jalan Stutong Baru tengah hari 14 Januari 2024.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan dan merempuh dua motosikal serta dua kereta.

“Akibat kemalangan tersebut, empat mangsa (tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan) berusia antara 16 hingga 45 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa berusia 16 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Mohd Farhan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Lucas Apin di talian 013-8246881 / 082-259900 atau melaporkan ke mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

BERITA SEBELUMNYA:

Empat Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Stutong, Kuching

KUCHING  — Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong menghala ke Jalan Lapangan Terbang Kuching, kira-kira 12.40 tengah hari 14 Januari 2025.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan mereka yang maut terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dan identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

“Pusat gerakan telah menerima panggilan daripada pihak hospital untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, bomba telah menggunakan peralatan Road Traffic Accident (RTA) untuk mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di kenderaan Proton Saga.

“Keseluruhan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu adalah sembilan orang, di mana tiga lelaki dan seorang wanita telah disahkan meninggal, dua mangsa masing-masing lelaki dan wanita cedera parah, serta tiga lagi mangsa lelaki mengalami cedera ringan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBM, mangsa disahkan meninggalkan dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang kritikal dan mengalami cedera ringan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dan menambah operasi tamat sepenuhnya pada 4.03 petang.

Berkaitan

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Kronologi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

Terkini

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani

[VIDEO] Seorang maut, Ratha kuil Bengaluru tumbang

Letupan bom dalam kenderaan renjer tentera di Ban Bangoyuering, Pattani

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027